Home » , » Pemandu Grab rugi RM1,574 selepas dirompak penumpang

Pemandu Grab rugi RM1,574 selepas dirompak penumpang

shamsulazlan | 06:32 | 0 comments

SINGAPURA - Seorang pemandu Grab kerugian S$500 (RM1,574) selepas dompetnya diambil oleh penumpang yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku pada 23 Julai lalu, 

Kejadian yang dirakam oleh 'back cam' yang dipasang oleh pemandu Grab, Sulaiman, menunjukkan lelaki tersebut duduk di bahagian tengah sambil merapatkan badannya pada Sulaiman kononnya mahu menunjukkan arah jalan ke destinasi yang ingin dituju. 

Dalam masa yang sama, lelaki terbabit memerhatikan barang yang terletak di bahagian tengah hadapan sebelum menjulur tangan kirinya untuk mengambil dompet milik Sulaiman. 


Dengan perlahan dia menarik dompet itu ke belakang dan terus menyelongkar dompet itu dan memasukkan sesuatu ke dalam poket seluarnya yang dipercayai wang S$500 sebelum meletakkan dompet itu kembali ke tempat asal. 




Sebaik saja tiba di destinasi Woodland, mangsa memaklumkan caj tambang perjalanan adalah S$9 dan lelaki itu membayarnya lebih dari jumlah tersebut dan menghalalkan baki bayaran itu. 


Bagaimanapun segalanya sudah terlambat, Sulaiman hanya mengetahui dirinya dirompak lelaki terbabit selepas menyedari wang dalam dompetnya hilang yang mana jumlah S$500 itu merupakan gajinya selama tiga hari. 

Sulaiman juga tidak dapat mengingati nama penumpangnya itu berikutan nama penumpang tidak direkod dalam aplikasi Grab dan hilang selepas pemandu menurunkan penumpangnya. 


Justeru, Sulaiman menasihatkan pemandu Grab yang lain berhati-hati agar tidak menjadi mangsa golongan individu yang tidak bertanggungjawab. 


Video kejadian yang dimuat naik Firdaus Nur itu sejak jam 9.27 malam Rabu telah dikongsi lebih 10,200 pengguna Facebook. 


from The Reporter http://ift.tt/2wa81Ib
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger