Home » , » 12 tahun setia menjaga isteri lumpuh sejak bersalin

12 tahun setia menjaga isteri lumpuh sejak bersalin

shamsulazlan | 20:30 | 0 comments

Di tengah-tengah kebanjiran kisah rogol, bunuh, sumbang mahram dan buli sampai mati, saya terasa seperti mendapat satu suntikan positif apabila baca tentang kisah bekas pelakon, Edika Yusof. 

12 tahun Edika sanggup meninggalkan dunia hiburan demi menjaga isterinya yang lumpuh secara tiba-tiba selepas bersalin. Bukan sekadar lumpuh separuh badan badan, bahkan hilang ingatan. Dan ketika itu yang malang bukan hanya si ibu, malah bayi mereka pada masa itu juga ditahan wad, bayi pramatang katanya. 

Maka beliau terpaksa berulang alik ke hospital menjaga kedua-dua ibu dan anak ini. Sungguh, ia memang bukan tugas yang mudah untuk seorang lelaki apatah lagi dalam masa yang sama terpaksa menggalas juga tugas mencari rezeki. 

Namun terkesan sangat hati saya bila mendengar kata-katanya ini:

"Saya jadi keliru dengan apa yang berlaku. Masa itu saya rasa perlu meluahkan apa yang saya rasa kepada seseorang. Tetapi akhirnya saya pilih untuk meluahkan rasa itu kepada Allah." 

MasyaAllah. Tabarakallah. 


Kembali menyerahkan masalah masalah kepada Allah ternyata itu adalah satu pilihan yang tidak mungkin akan tersalah. Patutlah Edika mendapat kekuatan untuk terus bertahan selama 12 tahun. Ya, 12 tahun setia menjaga isteri, menyuap makan, menukar lampin, mendukungnya ke bilik air untuk mandi. 

Allahurabbi. Ada suami yang nak tunggu isteri selesai berpantang pun tak mampu. Sanggup rogol si isteri demi melayankan nafsu. Lebih parah lagi sehingga ada yang sanggup meliwat bayi-anaknya sendiri. 

Tetapi suami yang satu ini, 12 tahun mampu bertahan melayankan musibah yang menimpa si isteri. Si tampan yang menjadi kegilaan ini bahkan sanggup menolak tawaran si isteri untuk berpoligami.

Bekas model dan pelakon, Edika Yusof, 49, yang menghilangkan diri dari industri hiburan lebih dari 20 tahun rupa-rupanya terpaksa memberi fokus pada keluarganya. Isterinya Norhidayah Yusri, lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak perempuan mereka, Fareena Nurul Haq, menyebabkan Edika tidak dapat menerima sebarang tawaran berlakon. 

"Saya menerima banyak tawaran berlakon tetapi saya tidak dapat terima kerana saya perlu menjaga isteri saya. Kami ada pembantu rumah tetapi bila isteri saya perlu dibawa dan diangkat, saya masih perlu berada di sisinya untuk itu," katanya yang pernah berlakon dalam filem Maria Mariana, 1996. 

Dari mana datangnya kekuatan itu semua? Dari Allah tentunya. Apabila berdepan dengan masalah dan sumber rujukannya adalah Allah. Maka insyaAllah terangkatlah darjat seorang hamba. Nescaya tenanglah hatinya. 

Allahu Akbar. Semoga akan viral lagi kisah-kisah positif seperti ini. Sungguh, kita sangat memerlukannya. 

Sumber: Bonda Nor


from The Reporter http://ift.tt/2fEc6QS
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger