Home » , » 'Kalau tak puas hati, mari berdepan dengan saya Khamis ini' - Wan Ariff

'Kalau tak puas hati, mari berdepan dengan saya Khamis ini' - Wan Ariff

shamsulazlan | 01:44 | 0 comments

KUALA LUMPUR - Respon Aliff Aziz mengenai kenyataan sidang media Afifah yang mendakwa dia menjadi mangsa rancangan syarikat produksi itu mengundang rasa bengang teman lelaki Afifah, lapor mStar Online. 

Wan atau nama sebenar, Wan Ariff Azhar, 24, menegaskan teman wanitanya itu bercakap benar dan berani bersumpah bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap Aliff. 

"Afifah berani bersumpah dengan Al Quran bahawa dia tidak ada perasaan terhadap Aliff. Apa yang dilakukan adalah lakonan untuk hiburkan sikap keanak-anakan kamu (Aliff). 


"Ya, dia buat kesalahan kerana benarkan kamu memegang tangannya tetapi dia sudah meminta maaf kepada isteri kamu. Kami ingin selesaikan isu ini dengan baik tetapi kamu pula mempersoalkannya," katanya mengulas kenyataan terbaru Aliff mendakwa Afifah mengarut dan tidak masuk akal. 

Susulan kenyataan itu, Wan Ariff mencabar Aliff berdepan dengannya pada Khamis ini di set penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu. 

"Kalau tidak puas hati dengan kenyataan yang diberi, mari berdepan dengan saya seperti seorang lelaki. Saya akan berada di set penggambaran pada Khamis ini bagi menemani Afifah," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2uBQuGD
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger