Home » , » 'Terkejut melihat perbuatan suami pada bekas isterinya dan saya akui saya sangat cemburu'

'Terkejut melihat perbuatan suami pada bekas isterinya dan saya akui saya sangat cemburu'

shamsulazlan | 20:09 | 0 comments

Saya merupakan seorang isteri yang mengahwini seorang duda anak tiga. So far, hubungan saya dengan anak-anak tiri sangat baik. Terus-terang jika mereka diberi pilihan untuk tinggal bersama, mereka lebih mengutamakan saya. Ini kerana mungkin saya yang menjaga mereka sejak mereka pakai pampers sehinggalah masing-masing sudah berusia belasan tahun. 

Ibu kandung mereka telah lama mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, atas punca daripada perangkap suami saya bersama jiran tetangga saat bekas isterinya bersekedudukan. 

Walau bagaimanapun, setahu saya hubungan suami dengan bekas isterinya tiada masalah. Menurut suami, segalanya menjadi baik hanya kerana ikatan jalinan anak. Tak apalah, saya terpaksa terima sebab saya 'orang baru' dalam kehidupan mereka. 

Kisah rumah tangga bermula saat bekas isteri suami saya terlibat dalam kemalangan dan suaminya meninggal dunia. Bekas isterinya lumpuh separuh badan, khidupannya kini di atas katil dan kerusi roda sahaja. 

Saya dan suami mengambil keputusan untuk menukar sekolah anak-anak suami berdekatan dengan kawasan rumah kami, memandangkan tiada siapa yang mampu menjaga urusan persekolahan anak-anaknya. Dan yang bertambah malang apabila keluarga bekas isteri suami saya turut tidak mahu menjaga kakak mereka yang lumpuh, memandangkan bekas isteri sauami saya anak yatim piatu. 

Anak-anak tiri cuba memujuk saya, jika mereka diambil di bawah penjagaan saya dan bapa kandung mereka, saya diminta menjaga ibu kandung mereka sama. Tak apalah, saya fikir dia ibu kandung kepad aanak-anak tiri saya dan dalam masa yang sama bekas isteri suami saya yang benar-benar tiada lagi tempat untuk bergantung. Saya tiada pilihan dan bersetuju untuk menjaga bekas isteri suami saya. 

Untuk pengetahuan, saya bekerja. Kadang kala, sesekali masa terbatas untuk saya menyiapkan sarapan. Jadi nak tak nak, suami saya terpaksa menghantar makanan ke rumah. Kadang kala saya turut menemankan suami balik ke rumah sebelum masuk semula ke pejabat. 

Tetapi satu insiden yang benar-benar mengguris hati saya. Waktu itu saya kurang sihat dan diberi cuti sakit. Hati mula terdetik gusar saat ketika melihat kereta suami parkir di luar pagar rumah. Perlahan-lahan saya jejak kaki ke rumah dan alangkah terkejutnya saya apabila melihat suami sedang mencukur bulu kemaluan bekas isterinya. Saat itu juga, bekas isterinya tanpa seurat benang. 

Saya akui yang saya sangat-sangat cemburu. Saya terus masuk ke bilik dan memang saya mengamuk. Suami mohon maaf pada saya dan memberikan alasan bekas isteri yang meminta bantuan darinya, dan alasan hanya dengan suami saya sahaja dia selesa.

Masalahnya mereka bukannya ada ikatan lagi. Mustahil suami saya tidak tahu hukum hakam. Melihat kemaluan wanita yang bukan lagi isterinya juga haram, apatah lagi menyentuhnya? Ya Allah. 

Seminggu peristiwa itu berlalu, tetapi perit untuk saya lupakan. Saya bagi kata dua pada suami, demi kebahagiaan anak-anak mereka dan bekas isteri, saya tidak mahu menjadi orang ketiga di antara mereka. 

Apa yang perlu saya lakukan sekarang? Mengundurkan diri? Memaafkan suami? Mencari lokasi lain untuk bekas isteri? Demi Allah, saya sayang sangat pada anak-anak tiri saya. 


P/S: Ramai yang beri pendapat negatif, namun ada segelintir menyarankan si suami kahwin semula dengan bekas isterinya bagi mengelakkan si suami melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Namun, sanggup atau sudikah confessor saranan itu? 


from The Reporter http://ift.tt/2uEXDpw
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger