Pastinya sakit mata melihat keadaan sinki dapur seperti ini. Apa alasan untuk longokkan pingan mangkuk kotor dalam sinki tanpa dicuci? Malas? Letih?
"Ah, biarlah dulu. Dah letih ni. Esok pagilah cuci..."
"Ah, biarlah dulu. Dah letih ni. Esok pagilah cuci..."
Ada segelintir dari kita berperangai seperti ini. Tetapi bagi kebanyakan surirumah ataupun mereka yang mengamalkan kebersihan, sebelum tidur mereka akan pastikan dapur rumah dalam keadaan bersih, termasuklah kawasan sinki.
Pantang nampak sinki penuh, mesti nak settlekan dulu dan kemudian barulah lega rasa hati nak buat perkara lain atau terus tidur.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Tya Mohamad ini, yang pada awalnya buat tak endah saja. Semoga bermanfaat bagi kita semua.
PERNAH dengar tak, pinggan mangkuk dalam sinki, mesti basuh semua bila nak tidur malam. Sampah dalam rumah, bungkus rapat dan buang.
Saya pernah dengar dulu, masa zaman sekolah lagi. Tapi terkadang buat tak endah saja. Tak ambil berat pun. Tetapi tiba-tiba ada yang mengingatkan semula.
Allah, rupanya itu pesan kekasih Allah. Junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Ruginya selama ini tak buat bersungguh-sungguh.
Bukan tak basuh pinggan, cuma ikut mood. Bila rasa lapang, baru nak buat. Bila disibukkan dengan urusan lain, bila dah lewat, terkadang tak basuh dah. Esok pagi baru nak basuh.
Allah. itulah, ambil ringan saja. Bila dah tahu, rasa terpukul betul. Rasa nak putar semula masa. Macam-macam rasa ada. Selama ini meremehkan sunnah? Tak serius? Allahu, aku tak sengaja.
Nabi suruh pasti bersebab, pasti hikmahnya besar. Selepas dah tahu, sedaya upaya amalkan. Tengah malam pun, kalau ada yang belum settle bekas-bekas makan itu, basuh juga.
Rupanya betul. Bila dah settle kerja ini, lapang rasa dada. Nak bergolek pun tak bersalah. Nak berjimba pun, relaks saja sebab kerja dah selesai. Rumah pun rasa lapang saja walaupun susun atur sama saja seperti kebiasaannya.
Pada satu sudut lain, jin pun tak turun masuk ke rumah kita sebab tiada makanan dia. Tempat dia nak main pun tak ada sebab rumah kita bersih saja.
Paling penting, hikmah di sebalik sunnah ini adalah menutup lubang-lubang kafakiran. Kita yang lemah ini memang tak dapat tafsir semua sunnah. Tapi yang penting itulah yang kita tidak tahu.
Ya Allah, istiqomahkan aku dalam melaksanakan sunnah kekasihMu. Ampuni daku andai terculas lagi. Aku hanya insan lemah dan hina tanpa pertolonganMu. Ya Rabbal A'lamin.
Sumber: Tya Mohamad
from The Reporter http://ift.tt/2fuGjSt
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment