Home » , » 'Ingat jalan raya ini bapak hang punya?!' - Netizen kecam pemandu Peugeot PGX29

'Ingat jalan raya ini bapak hang punya?!' - Netizen kecam pemandu Peugeot PGX29

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments

Viral di media sosial video seorang penunggang motosikal nyaris dirempuh sebuah kereta Peugeot nombor pendaftaran PGX29 di jalan dua lorong, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video yang dimuat naik oleh Amin Nasir jam 9.17 pagi tadi telah ditonton 149,280 ribu kali dan dikongsi 1,099 pengguna Facebook. 

Menurut Amin, kejadian itu berlaku jam 8.40 pagi tadi yang hampir menyebabkan beliau dirempuh pemandu Peugeot yang tidak bertanggungjawab itu. 

"Saya pakai safety vest sebab nak bagi pengguna jalan raya yang lain nampak. Tetapi pemandu Peugeot ini tetap keluar dari lorongnya untuk memotong, seolah-olah saya tidak wujud. 

"Kalau begini caranya, dia nak saya tunggang motosikal ini di mana kalau dia buat jalan raya ini seperti bapa dua yang punya? 

"Nombor plat keretanya PGX29. Siapa yang kenal tolong bubuh sebijik kat belah mata kanan sebab dia ini rabun motosikal," katanya. 

Berdasarkan video, Amin yang sedang menunggang motosikal tiba-tiba terpaksa menekan bunyi hon setelah menyedari kereta Peugeot itu cuba memotong kenderaan di hadapannya dalam jarak 140 meter. 


Bagaimanapun, pemandu kereta Peugeot itu tetap gigih memotong biarpun terpaksa tindakan itu berisiko dan membahayakan nyawa Amin yang berada di jalan bertentangan. 

Disebabkan itu juga, Amin terpaksa menunggang motosikal di tepi jalan dan berisiko untuk terbabas kerana jarak kereta Peugeot itu yang terlalu dekat dengan bahagian sebelah kanan motosikal Amin ketika berselisih. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pemandu Peugeot itu membahayakan nyawa penunggang motosikal berkenaan dan mendesak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap pemandu terbabit berdasarkan rakaman video yang dimuat naik oleh Amin. 


Menurut laporan statistik kemalangan yang melibatkan kenderaan jenis motosikal yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik Bukit Aman, dari tempoh 2006 hingga 2012 menunjukkan banyak peningkatan kes kemalangan yang melibatkan motosikal. 

Pada tahun 2013 pula, kes melibatkan motosikal menurun kepada 121,700 kes berbanding 2012, 130,080 kes kemalangan motosikal. Namun meningkat semula pada tahun 2014 (123,712 kes) dan 2015 (123,408 kes).

Justeru, penunggang motosikal dinasihatkan berhati-hati dan pasang kamera perakam kecil pada motosikal atau pada badan penunggang sendiri bagi tujuan merekodkan segala kejadian jika terlibat dalam sebarang kemalangan untuk dijadikan sebagai bukti. 


from The Reporter http://ift.tt/2wJ58Bk
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger