Dalam kejadian pada waktu tengah hari, Rabu lalu, penghantar surat berkenaan dalam perjalanan menghantar bungkusan yang dikirim ke sebuah rumah anak yatim.
Bagaimanapun, dia mula berasa curiga dengan bungkusan itu yang bergerak-gerak dan ada suara tangisan bayi di dalamnya.
Selepas disiasat, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati ada seorang bayi baru lahir di sebalik beg plastik berwarna hitam.
Video penemuan bayi itu viral di media sosial China menunjukkan sekumpulan orang ramai mengerumuni bayi baru lahir itu sementara penghantar surat menunggu ketibaan pihak berkuasa.
Dalam cuaca yang panas terik, 37'C itu, orang ramai cuba memberi bayi itu minum air dengan menggunakan putik kapas sebelum dihantar ke hospital dan kini dilaporkan stabil.
Sementara itu, polis telah menahan seorang wanita berusia 24 tahun dari Sichuan bernama Luo, dipercayai ibu kepada bayi berkenaan.
"Tergamak sungguh buat bayi sendiri begitu. Dia yang sepatutnya dibungkus dalam beg plastik hitam dan dibiarkan mati di bawah cahaya matahari," kata netizen di Weibo.
from The Reporter http://ift.tt/2uOVU0X
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment