Home » , » Bapa Rogol Dan Liwat Anak Perempuan 15 Tahun Sebanyak 600 Kali

Bapa Rogol Dan Liwat Anak Perempuan 15 Tahun Sebanyak 600 Kali

shamsulazlan | 00:10 | 0 comments

Sememangnya seorang bapa bertopengkan syaitan! Bapa manakah yang tergamak untuk meliwat dan merogol anaknya sehingga beratus kali?

Seorang bapa berusia 37 tahun telah didakwa 599 kesalahan liwat dan satu kesalahan rogol anak perempuannya sendiri yang berusian 15 tahun.

Lelaki tersebut dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu selepas anak perempuannya itu tinggal bersamanya selepas penceraian lelaki itu dengan isterinya.

Kejadian tersebut berlaku sejak 2 tahun yang lalu dan akhirnya perbuatan terkutuk lelaki itu terbongkar setelah mangsa mendedahkan detik hitam yang telah menimpa dirinya sebaik ibu kandungnya mengetahui bekas suaminya ingin mengambil anak perempuan yang lain berusia 9 dan 11 tahun untuk tinggal bersama ayahnya.

Suspek telah ditahan pada bulan lepas dan bakal berdepan dengan 600 pertuduhan. Jika disabitkan kesalahan bapa kejam itu bakal berdepan dengan 3,000 tahun hukuman penjara. Bagi tuduhan rogol pula lelaki tersebut bakal dipenjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.

The post Bapa Rogol Dan Liwat Anak Perempuan 15 Tahun Sebanyak 600 Kali appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2vO4i5x
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger