Perempuan tolong luangkan sedikit masa untuk baca pengalaman yang saya lalui sendiri. Kalau masa datang bulan, senggugut teruk, jangan ambil mudah. Saya senggugut memang teruk setiap bulan dan ambil mudah saja dengan masalah itu sebab saya sangka ia perkara yang normal.
Saya takut makan ubat dan takut berjumpa dengan doktor. Sehinggalah saya sakit perut seperti cramp. Saya pergi ke klinik, doktor kata masalah otot. Tetapi tak tahan sangat, saya pergi ke HUKM untuk buat imbasan apa semua. Tetapi mereka kata saya tidak mengalami apa-apa masalah.
Sudah seminggu saya mengalami masalah ini dan tiba-tiba saya terlantar di atas katil, langsung tak boleh bergerak. Kaki pun tak boleh diluruskan sebab perut sakit sangat-sangat sampai tak boleh bangun.
Saya dihantar ke Hospital Putrajaya. Selepas menjalani imbasan, doktor mengesahkan ada ketumbuhan 2.6 sentimeter di bahagian rahim. Kemudian saya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebab ia dekat dengan rumah.
Masuk HKL jam 8 pagi. Doktor periksa ketumbuhan dah jadi 6 sentimeter. Sedih bila doktor kata saya perlu menjalani pembedahan segera kerana jika lambat, ketumbuhan itu akan pecah dan boleh menjadi kanser. Malah katanya, ovari sebelah kanan saya terpaksa dibuang kerana ketumbuhan dah terlalu besar dan bernanah.
Saya berpuasa selama enam jam. Jam 12, masuk ke Dewan Bedah. Jam 1.30 tengah hari, pembedahan selesai dijalankan. Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar.
Bila sedar pagi itu, sedih tengok perut ada tiga tempat dibedah. Tapi tak apa, saya dah selamat hasil usaha doktor dan doa dari semua.
Golongan perempuan tolonglah ya, setahun dua kali pergilah buat pemeriksaan rahim. Benda nak pakai lama. Saya dah serik nak duduk di hospital selama seminggu cucuk sana sini, masuk ubat panas dalam badan. Hampir sebulan tak boleh makan sebab luka bahagian dalam. Mujur sekarang saya dah pulih dan Alhamdulillah ada anak seorang, kalau tak?
Sumber: Syda Dalila
from The Reporter http://ift.tt/2wrmUZn
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment