Home » , » Ah Long tersalah simbah cat merah pada rumah pegawai polis, 4 sindiket ditumpaskan, 29 individu ditahan

Ah Long tersalah simbah cat merah pada rumah pegawai polis, 4 sindiket ditumpaskan, 29 individu ditahan

shamsulazlan | 02:39 | 0 comments

KUALA LUMPUR - Gara-gara tersalah simbah cat merah pada rumah seorang pegawai tinggi di Bukit Aman, polis telah berjaya menumpaskan empat sindiket pinjaman wang haram (Ah Long) dan menahan 29 individu yang terlibat. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 29 Julai lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, sedang bertugas di luar kawasan. 

Lapor Sinchew, individu yang disasarkan oleh Ah Long adalah jiran yang tinggal di sebelah rumah Datuk Acryl Sani. Bagaimanapun jirannya itu telah melarikan diri dari rumah untuk mengelak diganggu Ah Long. 

Entah bagaimana, Ah Long menyangka rumah pegawai tinggi Bukit Aman berkenaan adalah rumah individu yang disasarkan, lalu menyimbah rumah itu dengan cat merah. 

Terkejut selepas dimaklumkan oleh isterinya mengenai kejadian yang berlaku, Sani segera mengarahkan pegawainya menyiasat kejadian itu. 


Dalam masa lima hari kemudian, polis berjaya menumpaskan empat sindiket pinjaman wang haram dan menahan 29 individu termasuk dua wanita secara berasingan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah. 

Malah, pihak polis telah memantau kegiatan empat sindiket ini selama berbulan-bulan dan rumah Datuk Sani merupakan rumah terakhir yang disimbah dengan cat merah. 

Menurut jurucakap polis, ibu pejabat empat sindiket berkenaan terletak di Johor. Dalam tempoh dua tahun, mereka secara perlahan memperluaskan aktiviti pinjaman wang haram mereka ke Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. 

"Majoriti individu yang ditahan adalah golongan muda dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah. Polis juga telah mengenalpasti dua lelaki berusia 47 tahun dan 48 tahun yang menjadi dalang aktiviti pinjaman wang haram ini.

"Dan kami masih mencari saki baki suspek yang sedang melarikan diri," katanya. 


from The Reporter http://ift.tt/2uke8YT
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger