Home » , » 'Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain, kalau anak jantan lawan dengan Pasukan Johor' - Sultan Johor

'Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain, kalau anak jantan lawan dengan Pasukan Johor' - Sultan Johor

shamsulazlan | 01:57 | 0 comments

KUALA LUMPUR - Laman Facebook Johor Southern Tigers baru sebentar tadi memuat naik kenyataan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, bersama Polo Sukan SEA berlawan dengan Pasukan Polo Johor.

Kenyataan yang baru saja dimuat naik dua jam yang lalu, mengundang pelbagai reaksi netizen. Tidak kurang juga, ada yang terkejut dan tertanya-tanya mengapa Sultan Johor berbuat demikian?

Dalam kenyataan "Kalau anak jantan, lawan dengan pasukan Johor" itu, baginda bertitah pasukan yang bertanding untuk sukan polo di Temasya Sukan SEA 2017 ini hanya cukup syarat pertandingan sahaja.

"Bila pasukan sudah menang, baru masuk bermain dan suruh budak yang sedang 'perform' berpura-pura mengalami kecederaan. 

"Jadi, ada gambar beliau dapat masuk dalam pasukan untuk dipaparkan dalam media cetak dan melakukan propaganda menipu orang ramai seolah-olah dia yang menang dan handal." titah baginda.

Baca kenyataan penuh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di bawah:


KALAU ANAK JANTAN,
LAWAN DENGAN PASUKAN JOHOR

Pasukan yang bertanding untuk sukan polo di Temasya Sukan Sea 2017 ini ibarat hanya untuk cukupkan syarat pertandingan sahaja. Ada yang datang dengan handicap rendah, jadi memanglah mudah untuk dikalahkan. Saya cabar pasukan polo Sukan Sea supaya datang ke negeri Johor dan tunjukkan taring mereka yang saya dengar handal sangat. Hari ini lawan Singapura. Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain dan suruh budak yang sedang 'perform' berpura-pura mengalami kecederaan. Jadi ada gambar beliau dapat masuk dalam pasukan untuk dipaparkan dalam media cetak dan melakukan propaganda menipu orang ramai seolah-olah dia yang menang dan handal.

Saya menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk datang dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat pasukan anda mengalahkan pasukan Johor. Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor. Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi. Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan Sea itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka.

Polo di Johor sudah bermula sejak tahun 1884, bukannya semalam baru beranak. Semasa saya menjadi Tunku Mahkota, saya sudah bermain di serata dunia termasuk Piala Dunia untuk sukan tersebut. Kalau hendak dibandingkan dengan Sukan Sea, ia bukan tandingannya. Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor.

Saya mempersilakan kepada semua rakyat Malaysia untuk turut sama hadir menyaksikan serta menikmati perlawanan antara pasukan Sukan Sea dan pasukan Johor.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,
Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim


Sementara itu di media sosial, pelbagai reaksi dari netizen mengulas kenyataan baginda. Namun, majoriti netizen meminta perkara seperti ini tidak perlu diperbesarkan kerana prestasi Pasukan Sukan SEA Malaysia sedang berada dalam kedudukan yang baik. Jadi, wajarlah kita semua memberi sokongan dan semangat kepada pasukan Malaysia untuk menang Sukan SEA 2017. 


from The Reporter http://ift.tt/2iu1Dsv
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger