Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum kejadian itu berlaku, lori tersebut dipandu dengan kelajuan yang normal sahaja. Tetapi apabila pemandunya menyedari brek kenderaannya secara tiba-tiba tidak berfungsi, dia terus menghala kenderaannya ke sebelah kiri bagi mengelakkan dari melanggar kereta di hadapan dan mencederakan pengguna jalan raya yang lain.
Namun, lori tersebut hilang kawalan lalu menghempap sebuah kereta di sebelah kanannya sehingga bumbungnya kemek. Lebih malang lagi, lori pembancuh simen terbabit pada ketika itu membawa muatan simen yang penuh dan telah dibancuh, menyebabkan pemandunya maut.
Ibu kepada tiga orang anak itu menangis meminta bantuan orang ramai dan menyangka mereka tidak akan sempat diselamatkan.
Tidak beberapa lama kemudian, pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian. Dengan bantuan orang ramai, mereka berjaya mengeluarkan ibu dan tiga anaknya itu.
Keempat-empat mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan yang serius dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
from The Reporter http://ift.tt/2vDjQ8U
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment