Home » , » 'Kau ni sepatutnya dari kecil mati, besar menyusahkan aku!'

'Kau ni sepatutnya dari kecil mati, besar menyusahkan aku!'

shamsulazlan | 19:56 | 0 comments

Mendidik anak agar mereka menjadi anak yang baik memerlukan kesabaran yang tinggi. Adakalanya ibu bapa kurang sabar dan memarahi anak mereka dengan tindakan dan kata-kata yang keterlaluan. Sedih bila dengar kata-kata maki hamun pada anak yang masih belum mengenal erti baik dan buruk sesuatu perkara itu. 

Sebaik-baiknya, cubalah bersabar bila mendidik anak-anak. Bak kata Encik Matt atau Muhammad Ahmad, jika anak degil, peluklah mereka. Kenapa peluk dan bukankah peluk itu perkara biasa sahaja? Baca seterusnya perkongsian beliau di bawah.

SAYA sedih kalau dengar orang maki hamun anak. Ada yang saya dengar:

"Kau ni sepatutnya dari kecil dah mati, besar menyusahkan aku!" 


Allahu, sungguh saya sedih mendengarnya. Lebih-lebih lagi jika ia datang dari mulut seorang ibu. 

Saya ingat lagi jumpa sepasang suami isteri, tabah mereka 10 tahun kahwin tidak dapat anak. Senyum saya tengok merekta, tidak pernah putus memuji Allah walaupun dah bermacam usaha yang mereka buat. Kasihnya mereka setiap kali jumpa anak-anak kecil, pasti mereka akan bagi duit. Sentiasa bersangka baik kepada Allah. 

Tuan puan, marah macam mana pun, jangan maki hamun anak-anak. Peluk mereka setiap hari kalau degil, belanja mereka makan. Mereka degil keras kepala ini sebab mereka tidak pernah dipeluk kita, tidak pernah dicium kita, tidak pernah dipuji, tidak pernah dengar perkataan yang baik-baik dari kita. 


Saya belajar dari orang alim, setiap hari peluk anak, setiap hari cium dahi, tangan dan kaki anak (dua tahun). Ya, kadang-kadang saya cium kaki anak semasa dia tidur di sebelah saya. Saya doa agar kaki ini bila dewasa kelak akan banyak berjalan untuk buat kerja dakwah ajak manusia kepada Allah. 

Tuan puan, lemah lembutlah dengan anak-anak. Berilah kasih sayang kepada mereka sepenuhnya. Doa kebaikan jangan ditinggalkan. Doa kuat-kuat depan mereka, puji mereka 'Muhamad anak yang baik ni, anak yang soleh ni, anak yang sayang abi dan umie ni'. Dan solat hajat khusus setiap hari agar anak ini menjadi anak yang soleh solehah. 

"Anak hadiah dan amanah dari Allah, peluklah" 



from The Reporter http://ift.tt/2vgYbq7
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger