Home » , » ‘Saya Mahu 6 Orang Anak’ – Sharnaaz Ahmad

‘Saya Mahu 6 Orang Anak’ – Sharnaaz Ahmad

shamsulazlan | 00:02 | 0 comments

Cinta di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan pasangannya, Noor Nabila Mohd Noor akhirnya dimeterai pada Jumaat lalu dengan sekali lafaz di Hotel Royale Chulan, Damansara.

Seperti mana pasangan baharu berkahwin, Sharnaaz turut menyampaikan hasratnya untuk memiliki sebuah keluarga besar dengan memiliki enam orang cahaya mata.

“Kami belum lagi berbincang tentang perancangan keluarga kerana baharu sahaja berkahwin tapi kalau ditanya tentang anak, kalau boleh saya mahu enam orang iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan,” katanya memetik mStar.

Jika Sharnaaz meluahkan bilangan anak yang diidamkannya, Nabila pula menyatakan dia tidak menghalang kerjaya Sharnaaz sebagai seorang pelakon namun ia tetap bersyarat.

“Saya hormat kerjaya lakonan dia dan tidak pernah menghalang. Saya juga yakin dia tahu jaga diri dan batansan yang perlu dijaga sebagai suami. Dia bebas berlakon tapi berbatas,” kata wanita berusia 33 tahun itu.

Pasangan ini memilih Itali sebagai destinasi bulan madu dan akan berada di sana selama tiga minggu.

The post ‘Saya Mahu 6 Orang Anak’ – Sharnaaz Ahmad appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2nQKwl6
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger