Seorang wanita diselamatkan selepas dikurung selama 16 tahun di dalam bilik kecil oleh keluarganya sebagai hukuman kerana hamil.
Memetik laporan Mirror.co.uk, wanita itu dikurung di dalam bilik hanya bersaiz 3×3 meter, Maria Lúcia de Almeida Braga, kini 36, terpaksa hidup dalam keadaan yang kotor, sering bertelanjang, dan bergantung kepada keluarganya untuk makanan.
Dia hanya diberikan makan dua kali sehari. Maria diselamatkan pada 9 Mac lalu namun berita mengenainya baru diketahui ramai.
Bilik tersebut tidak mempunyai tandas dan berbau najis dan air kencing, kata pihak polis.
Bilik Maria dikurung itu juga tidak mempunyai tandas dan bekalan elektrik. Ia hanya mendapat cahaya melalui tingkap dan bilik berkenaan juga berbau busuk serta dipenuhi najis.
Anak luar nikah yang dikandungnya itu telah diserahkan kepada keluarga angkat sejak dilahirkan.
Susulan itu juga, abangnya, João de Almeida Braga, 48, telah ditahan dan kini berdepan dengan hukuman penjara lapan tahun.
Ibunya sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan hukuman tersebut namun tidak mampu melawan abangnya. Ketika polis tiba, mereka terpaksa memecahkan mangga di pintu.
Maria dilaporkan mengalami masalah mental dan hanya terbaring.
“Tidak kira berapa kuat dia menjerit, tiada siapa yang mendengarnya kerana rumah berkenaan terletak di kawasan pedalaman.
“Maria sangat kurus dan mengalami masalah pertuturan. Dia kini mula menulis semula. Manakala anak kandungnya telah dikenalpasti dan mereka akan disatukan tidak lama lagi,’’ kata polis.
The post Lahir Anak Luar Nikah, Wanita Dikurung 16 Tahun appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2nNaF2q
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment