Home » , » Bila berlaku keguguran, jangan salahkan diri sendiri

Bila berlaku keguguran, jangan salahkan diri sendiri

shamsulazlan | 18:15 | 0 comments

Keguguran, jangan salahkan diri sendiri. Puncanya bukan sebab makan nenas, bukan sebab rahim tak kuat, bukan sebab mengangkat benda berat dan bukan sebab mengalami tekanan hidup atau stress. Ramai yang mengalaminya.

Keguguran pada tiga bulan pertama memang kerap berlaku. Jika 100 wanita hamil, seramai 20 akan keguguran (20%), mungkin juga jumlah sebenar lebih dari itu. Lebih kerap lagi untuk wanita berumur 40 tahun ke atas (lebih dari 50% akan keguguran bila hamil). Tapi kebanyakan wanita senyap sahaja bila keguguran, tidak mahu berbincang mengenai pengalamannya. Sebab itulah masyarakat tidak tahu betapa kerapnya berlaku keguguran.

Bila kita lihat benih lelaki (sperma), setiap kali melakukan hubungan kelamin, lebih dua juta sperma akan keluar mencari telur wanita. Tapi, sememangnya 70% sperma tidak sempurna, dan 10% telur wanita tidak sempurna.

Memang manusia tidak dijadikan sempurna. Walaupun kita kelihatan sempurna, benih dan baka kita tidak semuanya sempurna.


Bila benih suami atau telur isteri yang tidak sempurna bergabung, dengan takdir Allah yang maha mengasihani, diutuskan supaya janin itu tidak menjadi dan keguguran berlaku pada tiga bulan pertama, sebelum diberikan roh pada bulan keempat.

Dari segi Sains kajihayat dan Sains perubatan, bila janin yang digugurkan diperiksa bakanya (analisa kromosom), lebih dari setengah dari janin tu mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal. Kebanyakan mempunyai masalah lebih teruk dari syndrom-syndrom yang kita pernah jumpa dalam bayi yang hidup (iaitu lebih teruk dari Down's Syndrom yang boleh hidup).

Sebab itulah tidak ada bukti yang ubat hormone yang menguatkan rahim boleh mengelakkan keguguran di peringkat 3 bulan pertama. Sudah sememangnya janin ini tidak boleh menjadi.

Tapi, bila berkerja sebagai pakar Fetal Medicine, sayalah yang melihat janin yang tidak menjadi ini dalam scan awal. Memang macam-macam kecacatan yang saya dah lihat, kerap kali selepas kerja balik rumah, saya menangis. Kebanyakan akan gugur sendiri (Alhamdulillah kuasa Allah menentukan supaya anak kita tak menderita), tapi ada segelintir yang tidak jadi gugur, dan kecacatan yang dilihat selepas lahir sangatlah serious.


Sebagai contoh (lihat gambar), ini Mermaid Syndrome, Bayi Duyong ini bukanlah mitos, berlaku sekali dalam setiap 100,000 ribu kehamilan. Saya pernah melihat dua kali dalam kandungan melalui scan. Ini adalah sindrom di mana ada masalah saluran darah dari badan ke kaki. Selalunya tidak ada buah pinggang maka janin ini tidak membuat air kencing dan tidak ada air ketuban. 

Tanpa air ketuban, paru-parunya tidak akan terbentuk dan dia tidak boleh bernafas selepas bersalin (air ketuban diperlukan di peringkat awal kehamilan untuk masuk dalam paru-paru untuk memberi tekanan dari dalam supaya membesar, tanpa air ketuban paru-paru kecil dan keras). Selalunya saluran kencing, saluran najis dan vagina/faraj (jika perempuan) bergabung dan hanya ada satu lubang. Kebanyakan mermaid sindrom ini akan keguguran, tetapi ada segelintir kita lihat akan hidup seketika sebab ada sedikit buah pinggang yang berfungsi (lihat gambar kedua, bayi Duyong yang hidup di Amerika sehingga umur 10 tahun selepas 2 kali pembedahan menerima pendermaan buah pinggang).


Mermaid Syndrome ini contoh sahaja. Nama perubatan sebenarnya Sirenomelia. Lebih banyak lagi syndrom lain saya dah lihat, tak dapat nak kira.

Saya pun pernah mengalami keguguran pada peringkat awal kehamilan. Dua kali saya gugur. Dan dua-dua kali saya bersyukur, Alhamdullilah, sebab Allah nak bagi saya peluang untuk mendapat zuriat yang sihat, dan kurangkan penderitaan kita.

A miscarriage is Allah's decision to abort your abnormal embryo, to give you the opportunity to have a healthy baby in the future. Kalau tak jadi Alhamdullilah Tuhan gugurkan. Cuba lagi. Jangan salahkan diri sendiri. Alhamdullilah. Insyallah.

Professor and Consultant Obstetrician & Gynaecologist.
Subspecialist in Maternal and Fetal Medicine at University Malaya Medical Centre


from The Reporter http://ift.tt/2nxSAVm
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger