Home » , » Polis Kutip & Pulang Semula Wang RM10,000 Yang Ditabur Atas Jalan

Polis Kutip & Pulang Semula Wang RM10,000 Yang Ditabur Atas Jalan

shamsulazlan | 00:18 | 0 comments

Seorang wanita di China ini mempunyai cara unik untuk melepaskan perasaan negatif – dengan menabur duit di atas jalan.

Dalam kejadian yang berlaku di Chongqing pada Ahad itu, wanita terbabit dilihat mengeluarkan wang banyak tebal sebelum menaburnya di satu jalan yang sibuk.

Rakaman CCTV menunjukkan wanita berkenaan secara bersahaja menabur wang-wang tersebut dari begnya ketika sedang melintasi jalan terbabit sehingga membuatkan orang lalu lalang tergamam.

Polis dipanggil ke tempat kejadian dan mereka mengutip kesemua wang terbabit yang didapati berjumlah 16,369 yuan (RM10,259). Polis kemudian menjejaki wanita itu dan memulangkan semula wang terbabit.

Ketika ditanya mengenai motif tindakan tersebut, wanita tersebut berkata ia adalah rawak dan dia berada dalam mood tidak baik ketika itu.

The post Polis Kutip & Pulang Semula Wang RM10,000 Yang Ditabur Atas Jalan appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2m8rGqx
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger