Kejadian yang menimpa pelakon Fasha Sandha mengundang perhatian banyak pihak termasuk rakan-rakan artis. Salah seorang daripadanya adalah Fizz Fairuz.
Fizz Fairuz melalui Instagramnya mengeluarkan kenyataan, "Allahu.. Acting tak payah la beria sangat.. lakonan ada asasnya. Itu la dia, bila masing-masing nak tunjuk hebat. Inilah makannya.
"Tapi malang tak berbau. Inilah nasib anak seni," katanya yang turut berduka dengan kejadian menimpa Fasha Sandha.
Bagaimanapun, Pengarah drama 'Anak Tuan', Along Kamaludin meminta Fizz Fairuz tidak mengeluarkan pandangan 'memandai-mandainya' mengenai kejadian itu.
"Macam ni lah, kalau tak tahu cerita janganlah memandai-mandai, nak jadi keyboard warrior. Full stop! Kemalangan terjadi di mana-mana.
"Benda dah nak jadi, tak perlu nak salahkan sesiapa. Kun fayakun. Masa aku sakit terlantar kat hospital dulu, seniman ada bagi sumbangan RM500 pada aku, walaupun aku tak meminta. Macam ne tuduh Seniman tak buat apa?" katanya.
Sebelum ini, Fasha Sandha melalui adiknya, Elisha Sandha ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menyalahkan sesiapa di atas kejadian yang berlaku.
Sumber: Oh! Media
from The Reporter https://ift.tt/uYmWXw3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment