Seorang lelaki Thailand nekad membunuh bekas teman wanitanya dengan kejam dalam kejadian di sebuah restoran di wilayah Trat, timur Thailand, selepas gagal memujuk mangsa kembali ke pangkuannya.
Difahamkan, mangsa berusia 20 tahun sebelum itu melompat keluar dari tingkap rumahnya di tingkat dua. Mangsa yang dikenali sebagai Chantikorn itu segera bersembunyi di dalam restoran tempat kerjanya.
TETAK LEHER MANGSA BERKALI-KALI
Suspek (James) bagaimanapun dapat mengejar mangsa lalu mengambil pisau daging di dapur dan terus menetakkepala wanita itu sehingga mati.
Pegawai polis menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 6 pagi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Manakala dua mangsa lain yang cedera telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut saksi kejadian, Kanphak, pada masa itu dia sedang bekerja. Kira-kira jam 5.45 pagi, dia terdengar bunyi dentuman kuat dan mangsa segera melarikan diri ke dalam.
DUA PEKERJA LAIN TURUT MENJADI MANGSA
James menarik rambut dan memukul mangsa sebelum berlari ke dapur untuk mengambil pisau pemotong daging. Perbuatannya dihalang oleh pekerja restoran, Wanthanee, menyebabkan lehernya ditetak Seorang lagi mangsa, Srisamphan, juga menerima nasib yang sama.
Selepas melakukan pembunuhan itu, James melarikan diri, terjun dari jambatan dan bersembunyi di hutan bagi mengelakkan dirinya ditangkap. Namun polis bertindak pantas dan telah berjaya menahan suspek.
Sumber: Thaiger
from The Reporter https://ift.tt/XZUlvfE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment