Home » , » 'Ini masalah saya dengan balu Abam, kenapa perlu nak sita rumah arwah mak saya?' - Ali Puteh terkejut rumah arwah ibunya bakal disita kerana gagal bayar saman RM60K

'Ini masalah saya dengan balu Abam, kenapa perlu nak sita rumah arwah mak saya?' - Ali Puteh terkejut rumah arwah ibunya bakal disita kerana gagal bayar saman RM60K

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments



"Itu masalah antara saya dengan balu Abam, kenapa perlu kaitkan dengan rumah arwah mak saya?" demikian kata pelawak Ali Puteh seperti yang dilaporkan Melodi TV3 hari ini, Ahad, 19 Mac 2023. 

Difahamkan, Ali telah mendapat surat perintah daripada mahkamah bahawa rumah arwah ibunya bakal disita kerana melanggar perintah mahkamah berhubung kegagalannya membayar saman berjumlah RM60,000 yang difailkan oleh Norhidayah kerana fitnah yang dilemparkan Ali sebelum ini. 


"Saya pun baru dapat tahu benda ini dan surat pun baru sampai. Banyak yang tanya RM60,000 itu dah bayar ke belum. Memang bayaran belum dibuat dan pasal kes ini pendapatan kerja saya dah tak macam dulu. Kerja/show dah tak ada, susah. 


"Bukannya saya nak menolak untuk membayar (saman) RM60,000 itu, saya akan cuba membayarnya juga. Cuma saya tak boleh lah nak bayar sekali gus sebab saya pun ada tanggungan, dengan kerjaya saya yang tak ada langsung. Mungkin kita akan membayar secara ansuran. 


"Saya pun terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pakcik saya kata rumah arwah mak saya di Batu 10, Gombak ini, mahkamah keluarkan perintah untuk menyita. 


"Jadi saya pun peliklah. Ini harta arwah mak saya, kenapa pula dijadikan sebagai cagaran ataupun sita. Yang menjadi kes RM60,000 ini adalah antara saya dengan balu arwah abang saya. Tapi saya pelik, kenapa kaitkan dengan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan di dalam kes saya dengan balu arwah abang saya, yang RM60,000 itu. 


"Rumah arwah mak saya ini adalah di atas nama arwah mak saya, arwah bapa tiri saya. Bukannya di atas nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya ada anak kecil tau.


"Dengan sitaan mahkamah, surat bercop mahkamah.. benda ini tidak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya ini hukum karma. Tak, sebenarnya bukan. Saya dah tekankan, ini kes berlainan. Kes saya dengan balu arwah abang ini lain, dan kes faraid ini pun lain. Tak sama kes itu. 


"Saya diam bukan sebab saya takut, tidak. Sebab kita tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Cukuplah orang maki hamun saya, bertahun dah, dah tiga tahun orang maki hamun saya sebab keluar dari mahkamah dah kalah, cakap apa pun takkan dianggap betul. Percayalah cakap saya," katanya. 


@melodiberapi Nampaknya pertelingkahan antara Ali Puteh dan Norhidayah semakin berpanjangan.. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #aliputeh #norhidayah ♬ original sound - Melodi


Ali juga meminta jasa baik Hidayah untuk berhenti menularkan video fitnah yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Sedangkan pada waktu itu, abang iparnya sendiri ada bercakap dengan peguam kepada Hidayah. Tetapi dalam video ditularkan pula mengatakan kedatangannya tidak disambut walaupun sudah sejam menunggu di depan rumah arwah Abam. 


Ali turut menghubungi peguam berkenaan yang kemudian mengesahkan ada bercakap dengan abang iparnya di depan rumah arwah abam pada hari kejadian. 


Bagi Ali, tiada gunanya untuk menunjukkan siapa yang betul atau salah pada masa ini. Dia juga akan cuba sedaya upaya untuk membayar wang saman RM60,000 berkenaan kepada Hidayah.


Sumber: Melodi TV3



from The Reporter https://ift.tt/mG8S3Rq
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger