Home » , » (Video) Kantoi berzina dengan abang ipar, wanita dihukum sebat 100 kali di khalayak ramai

(Video) Kantoi berzina dengan abang ipar, wanita dihukum sebat 100 kali di khalayak ramai

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments



Tular di media sosial video yang menunjukkan seorang wanita menjalani hukuman sebat kerana didapati bersalah atas pertuduhan berzina dengan abang iparnya sendiri. 


Video tersebut dirakam oleh orang awam dan dimuat naik ke aplikasi TikTok, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Difahamkan, perbuatan mereka itu terbongkar selepas dicekup oleh penduduk setempat dan dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.


@kontras.news Wanita Terpidana Zina Dicambuk 100 Kali di Lhokseumawe #viral #acehviral #kabaraceh #cambukaceh ♬ Jaga Tubôh - Husni Al Muna


Mahkamah Syariah Kota Lhokseumawe, Aceh mendapati, kedua-dua individu itu bersalah atas pertuduhan itu dan dikenakan hukuman sebat 100 kali setiap seorang secara terbuka, Selasa lalu.


Ketua Polis Kota Lhokseumawe, Heri Maulana berkata, hukuman sebat di khalayak umum itu dilakukan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh yang melanggar syariat Islam. 


Dalam masa sama, orang awam yang menyaksikan hukuman itu secara tidak langsung akan menjadikannya sebagai peringatan agar tidak melakukan perbuatan yang bercanggahan dengan agama Islam. 


Sumber: Agensi



from The Reporter https://ift.tt/POohGkT
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger