Tular baru-baru ni penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke hospital kerana dikatakan mengalami masalah paru-paru berair, jangkitan kuman di paru-paru dan jantung bengkak.
Penceramah yang terkenal dengan lawak jenakanya itu sekali lagi menjadi tular apabila satu video di TikTok menunjukkan Ustaz Azhar Idrus tiba-tiba memandang ke atas ketika sedang berceramah. Jelas juga kelihatan perubahan wajahnya. Ceramah yang disampaikan pada malam itu di Masjid Kampung Kuala Bekah, Terengganu adalah mengenai Sifat-Sifat Allah.
Menurut individu yang berkongsikan video ini, dia mengatakan dia turut hadir pada majlis berkenaan dan mendongak ke atas, tetapi jelasnya tiada apa yang dilihatnya.
“Saya ada di masjid masa ni. Terkejut jugak tengok UAI tengok atas macam tu. Saya tengok jugak, tapi tak ada apa-apa pun,” katanya.
@happysokm0o UAI tengok ape kat atas tu semasa ceramah kat masjid??🤔 mcm tengok kelibat bende je..
♬ bunyi asal - HappySokm0o
Berikutan itu, ramai netizen mendoakan agar UAI dipanjangkan umurnya dan dipermudahkan segala urusan. Difahamkan juga, ada yang mengatakan selepas sesi ceramah itu, UAI dimasukkan ke dalam hospital.
Walau apa pun jua pandangan, kita perlu mengambilnya secara positif dan mendoakan dengan sebaik-baiknya.
Sumber: TikTok HappySokmoo
from The Reporter https://ift.tt/kRc4HL1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment