Baru sahaja melangkah ke 9 Ramadan, tetapi segala persiapan raya telah dilakukan oleh orang ramai. Peniaga-peniaga di saat ini sangat sibuk menyiapkan tempahan pelanggan.
Ada yang memilih untuk membeli-belah di kedai atau butik. Tetapi ada juga yang tidak mahu bersesak dan penat, lantas mereka memilih untuk membeli secara dalam talian. Ada yang mengatakan pembelian dalam talian lebih murah berbanding membeli di butik. Tetapi perlu diingat, ada juga kesan buruk jika membeli secara talian.
Seperti perkongsian wanita ini, ada pengadu yang telah memesan baju kurung jenama terkenal dengan harga RM489.
“Tiap tahun bermasalah, tiap tahun juga orang beli. Harga kayangan, kualiti hauk,” tulisnya.
Tiap tahun bermasalah tiap tahun juga orang beli. Harga kayangan quality hauk pic.twitter.com/1T5NZsKm4u
— al (@ciraplaici) March 30, 2023
Pengadu ini hampa dengan kualiti yang diterimanya. Didapati, ada kesan koyak di beberapa renda baju tersebut.
Pengadu telah membuat aduan dan pihak butik pula mengatakan pengadu boleh membuat pertukaran tetapi tiada jaminan baju yang diterima akan sempurna 100%.
“Kami tidak jamin bahawa 100% sempurna” seriously?😂
— al (@ciraplaici) March 30, 2023
Credit: owner pic.twitter.com/7oPBHtfnzg
Tinjauan di TikTok pula mendapati, ramai yang menghadapi masalah yang sama dengan jenama pakaian ini.
“Dua-dua baju kita tak ok. Satu pasang dah macam gigi rongak. Batu hilang tinggal besi je. Lagi satu lace dah koyak belum pakai lagi,” tulis KPeahNOIR.
@kakpeahlovenovel Dua2 baju kita tak ok.. satu psg dah mcm gigi rongak.. batu hilang tinggal besi ja.. lagi satu lace dah koyak blm pakai lagi huhu.. #fyp #leeyanarahman #tiktokviral #bajuraya2023 ♬ Raya Raya Raya - DOLLA
“Baju ni royal ye. Lepas tu dia suruh aku return tapi royal habis. Dia bagi aku lecey. By the way lecey lagi murah daro royal. So dia bagi tudung, dia paksa aku beli tudung dia supaya cukup kan amount harga baju royal. Dah la tudung bawal corak lama dia kasi aku. Mintak corak baru, tak boleh. Memang aku tak halal kan. Lepas tu bagi aku lecey yang sarat manik. Aku ada anak kecik, aku memang tak puas hati,” tulis Nur Adlina pula.
@nuradlina1994 Baju ni leeyanarahman ni royal ye. Lepas tu dia suruh aku return tp royal hbs dia bg aku lecey btw lecey lg murah dari royal 😠so dia bg tudung dia paksa aku beli tudung dia supaya cukup kan amount harga baju royal dah lah tudung bawal corak lame dia kasi aku, mtk corak baru tak boleh! Mmg aku tak halal kan..lepas tu bg aku lecey yg sarat manik aku ade anak kecik 😠aku mmg tak puas hati
♬ original sound - Nur Adlina
Netizen pula bukan hanya menyelar tindakan pihak butik malah juga mengecam tindakan pembeli yang tidak serik-serik membeli baju keluaran jenama ini yang sudah beberapa kali tidak mencapai kualiti yang memuaskan pelanggan.
Sumber: Twitter Ciraplaici, TikTok KPeahNoir, TikTok NurAdlina
from The Reporter https://ift.tt/ThYIoSC
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment