Home » , » Sakit hati hak penjagaan anak diberi kepada bekas isteri, lelaki bakar rumah saudara sendiri

Sakit hati hak penjagaan anak diberi kepada bekas isteri, lelaki bakar rumah saudara sendiri

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments

Rumah dan beberapa perabot milik mangsa hangus dibakar oleh Firman. Suspek dikatakan sakit hati terhadap mangsa yang didakwa berpihak kepada bekas isteri sehingga hak penjagaan anak jatuh kepada bekas isterinya itu.


Seorang lelaki bernama Firman, 39, di Sulawesi Tenggara, Indonesia, nekad membakar rumah adik kandungnya dalam kejadian petang Jumaat, 24 Mac 2023. 

Jurucakap Polis Kota Kendari, Fitrayadi berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suspek membakar rumah saudara perempuannya itu disebabkan sakit hati dengan tindakan mangsa yang dipercayai menyebelahi bekas isterinya sehingga hak penjagaan anak diberikan kepada bekas isteri. 


Walaupun tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku, mangsa dianggarkan mengalami kerugian kira-kira Rp 14.5 juta (RM4,238).


"Lebih kurang jam 2 petang, suspek datang ke rumah mangsa dengan membawa sebilah parang. Namun ketika itu, mangsa tiada di rumah. Berang dengan mangsa yang tidak kunjung tiba, suspek bertindak melepaskan kemarahannya dengan membakar rumah mangsa," katanya. 


Jiran yang ternampak kejadian itu segera menghubungi mangsa dan talian kecemasan untuk meminta bantuan. Orang ramai dengan bantuan pihak polis, berjaya memadam api kebakaran. 


Kira-kira jam 5 petang, mangsa dimaklumkan oleh jiran yang rumahnya sudah berasap dibakar oleh suspek. Ekoran kejadian itu, mangsa datang ke balai untum membuat laporan polis.


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek dan kini berdepan dengan hukuman penjara 12 tahun kerana melakukan kejahatan yang membahayakan ketenteraman awam. 


Sumber: Kompas



from The Reporter https://ift.tt/obflsxq
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger