Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, mendedahkan menghidap penyakit tiroid beberapa bulan yang lalu dan mengalami berat badan yang susut ketika berada di penjara. Beliau menjelaskan situasi tersebut kerana tidak mahu orang ramai beranggapan pihak penjara mengabaikan tanggungjawab terhadapnya.
Yassin mengalami penurunan berat badan sebanyak 18 kilogram dan beliau menegaskan dirinya sihat.
"Apa yang penting saya tidak mahu orang membuat andaian pihak penjara tidak beri saya makan. Makanan melimpah-ruah di penjara dan ramai banduan yang 'gemuk'.
Muhammad Yasin bagaimanapun menzahirkan rasa syukur apabila pihak penjara menyediakan ubat untuk merawat penyakitnya dan mendapat rawatan susulan setiap bulan.
"Orang cakap saya tak cukup makan di penjara tetapi ramai banduan gemuk, saya saja tak gemuk. Saya juga pernah disahkan positif COVID-19 ketika di penjara.
"Ia menyebabkan saya tiada selera makan dan kurus. Itu satu pengalaman dan ini (menghidap tiroid) pengalaman lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas sebutan kes atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nik Nasimah Nik Mohammad, Rabu lalu.
Sumber: Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/9ozyNif
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment