Baru-baru ini, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus telah dibatalkan kuliahnya di Selangor kerana dakwaaan tidak memiliki tauliah untuk berceramah di negeri tersebut. Rentetan isu ini, ramai pengikutnya tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut dan mula mengaitkan dengan isu fahaman politik.
Belum reda isu tersebut, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) turut mengesahkan Azhar Idrus tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan kuliah di negerinya sendiri.
Azhar dikatakan, telah dipanggil JHEAT sebanyak tiga kali untuk proses temuduga pemegang tauliah.
Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin, berkata seramai 1,313 individu mempunyai tauliah untuk berceramah agama, mengajar agama Islam dan al-Quran di negeri itu.
Katanya, ia merangkumi pendakwah diberikan tauliah khas mengajar agama saja dan mengajar agama Islam termasuk kitab, ceramah umum serta al-Quran.
“Kita akan mengeluarkan kebenaran khas kepada penganjur dan jawatankuasa masjid serta surau yang bercadang mengundang antara 30 pendakwah selebriti berkenaan,” katanya menurut akhbar itu.
Jumaat lalu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Shaikh Harun Shaikh Ismail dilaporkan berkata, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Adun dan Ahli Dewan Negara dilarang menggunakan masjid serta surau di negeri itu sebagai pentas kuliah atau ceramah.
Katanya, ia bagi memastikan masjid dan surau tidak disalahgunakan dan mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.
Rozi berkata, 773 individu mengajar agama Islam kategori berkitab, berceramah umum kategori agama (35), kategori mengajar al-Quran (292), tauliah khas mengajar agama saja (100) dan 83 orang diberi tauliah dalam kategori agama Islam berkitab, ceramah umum dan al-Quran.
Berhubung jumlah Ahli Parlimen, Adun dan ahli Dewan Negara yang diberikan tauliah, katanya, pihaknya perlu melakukan semakan terperinci.
M.Rozi turut menyatakan pihak JHEAT amat mengalu-alukan individu yang berkelayakan membuat permohonan untuk mendapatkan tauliah.
Individu yang ingin mengajar dan mengadakan kuliah di masjid serta surau supaya membuat permohonan dengan pihaknya termasuk mengemuka maklumat peribadi dan kelulusan akademik.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/A1euVTl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment