Home » , » 'Balik dari sekolah, saya hampir disembelih' - Bapa dari neraka, alim di luar tetapi di rumah belasah anak & isteri

'Balik dari sekolah, saya hampir disembelih' - Bapa dari neraka, alim di luar tetapi di rumah belasah anak & isteri

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



Di dalam kehidupan, ada istilah yang mengatakan saiz kasut kita masing-masing tidak sama. Yang bermaksud, setiap individu punyai masalah dan cabaran yang berbeza dalam kehidupan. Lantaran itu, individu lain tidak perlu menunding jari  di atas setiap permasalahan dan tekanan yang dihadapi oleh seseorang.


Di media sosial pula, sudah menjadi seperti tempat luahan individu untuk meluahkan tekanan dan masalah yang dihadapi. Apatah lagi apabila orang yang terdekat tidak peduli dan tidak mempercayai masalah yang dihadapi.


B = BODOH, C = CACAT


Seorang pengadu melalui satu luahan di Twitter, berkongsikan pengalamannya berdepan dengan seorang bapa yang culas dalam tanggungjawab. Bukan setakat itu sahaja, bapanya juga didakwa sering memukul dan mencederakannya.


“Saya terdetik nak share kisah saya. Saya dipukul sekiranya tak dapat A semua subjek waktu sekolah. Jika dapat B= Bodoh dan C= Cacat. Saya akan dipukul dengan kayu di kepala sebab dianggap bodoh. Dicucuh putung rokok, dipijak kepala, ditendang dan diherdik sewenangnya. Dari umur lima tahun sampai lah sekolah menengah depress, tahan sabar,” tulisnya.


IBU DISEPAK, DITERAJANG


Pengadu juga mendakwa ibunya turut menjadi mangsa dera bapanya, walaupun ketika itu ibunya sarat mengandung.


“Ibu saya juga tidak membalas dan turut dijadikan mangsa pukul. Ibu saya disepak dan diterajang sewaktu mengandung. 


“Masih jelas di ingatan saya, perut ibu saya ditendang sewaktu mengandung lapan bulan hanya kerana hidangkan telur waktu makan. Dia tak bagi duit dapur, tapi nak makanan mewah. S**l, bukan?,” katanya.


"TAK PERCAYA BAPA AWAK PUKUL AWAK"


Pengadu pernah mengadu masalahnya kepada guru kaunseling, namun guru terbabit tidak percaya dengan ceritanya kerana perwatakan luaran bapanya.


“Saya pernah beritahu cikgu kaunseling dengan harapan mereka dapat selamatkan saya daripada abusive father. Tapi apa yang cikgu tu buat adalah panggil bapa saya ke sekolah dengan alasan “saya tak percaya bapa awak pukul awak macam tu.” 


“Ayah saya alim perwatakan luarannya. Cakap lembut depan semua orang. Sebab tu orang tidak percaya. Balik sekolah, saya hampir disembelih. Nasib baik azan berkumandang,” katanya.


PPIM TAK DAPAT MEMBANTU


Tidak hanya mencederakan secara fizikal, bapanya juga meninggalkan hutang pinjaman dari Ah Long. Pengadu juga meminta ibunya bercerai namun alasan diberikan membuatkan dia kecewa.


“Sekarang saya sudah 28 tahun. ibu saya masih dengan abusive partner mental dan physical. Bapa saya hutang Ah Long. Dia larikan diri dan suruh ibu saya yang uruskan semuanya. 


“Sudah lapor pada PPIM, tapi PPIM juga tidak membantu kerana wang pendahuluan yang diminta besar nilainya. Dah minta zakat, tapi semuanya tidak membantu kerana dalam rekod gaji ayah saya besar. Gaji tu tak pernah sesen pun sampai ke tangan kami.


“Saya pernah minta ibu bercerai. Tak tahan dimaki dan dihina. Tapi dia kata dia tak sanggup bergelar janda. Tapi tegarnya dia biarkan anak-anak dia menderita.


“Saya dah kerja. Hampir semua daripada gaji digunakan untuk bayar hutang Ah Long tersebut.  Sewa rumah dan juga makan minum ibu serta enam adik saya yang lain. Pernah fikir untuk bunuh diri tapi berbaloi ke nak mati sebab lelaki tak berguna dan menyusahkan yang bergelar ayah?


“Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita,” tulisnya.


Sumber: ConfessTweetMy



from The Reporter https://ift.tt/njz3R7S
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger