Penolong Pendaftar Siti Zulaikha Nordin @ Ghani, merekodkan perintah kebankrapan itu selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober 2022.
Menurut peguam yang mewakili Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, Norjuma telah dimaklumkan mengenai prosiding yang berlangsung pada jam 9 pagi ini, tetapi usahawan itu tidak hadir ke mahkamah.
"Kami percaya Jabatan Insolvensi akan meneruskan proses kebankrapan ini. Mahkamah memutuskan (Norjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen kreditor.
Turut hadir di mahkamah, pemilik Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 44.
Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berkaitan penyebaran fitnah usahawan itu terhadap syarikat berkenaan sekitar 2018 dan 2020.
Fame Up Entertainment turut memfailkan Notis Bankrap di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 15 Ogos 2022 bagi menuntut Norjuma membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/XmCqMkL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment