Home » , » Golongan B40 disarankan berbelanja di pasar raya tawar diskaun Pakej Rahmah

Golongan B40 disarankan berbelanja di pasar raya tawar diskaun Pakej Rahmah

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyarankan ketua isi rumah B40 supaya berbelanja di pasar raya yang bersetuju menawarkan diskaun di antara tiga hingga 30 peratus bagi 12 jenis barangan asas di bawah Pakej Rahmah.


Beliau berkata, persetujuan itu dicapai dalam sesi libat urus bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini.


"Inisiatif ini memang menjimatkan dan sangat bermakna kepada golongan sasar pada masa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyampaian Bakul Rahmah dan Peralatan Kembali Ke Sekolah di sini pada Khamis.


Salahuddin juga mengakui beliau belum berpuas hati dengan apa yang dicapai dalam tempoh 100 hari memimpin KPDN dan masih banyak yang perlu dilaksana bagi memastikan rakyat merasai nikmat di bawah Kerajaan Perpaduan.


"Sudah ada pelbagai inisiatif di bawah Program Payung Rahmah namun sebagai menteri, saya mendapati masih banyak lagi yang perlu dilakukan dan perlu dilaksanakan dengan pantas.


"Kita kena kaji apa lagi yang boleh menggembirakan rakyat dan mengenal pasti apa pula yang tidak menggembirakan mereka... insya-ALLAH, KPDN akan benar-benar memastikan tanggungjawab yang diberikan ini dilakukan sebaik mungkin," katanya.


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/0sJjptg
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger