Yakin dengan ekonomi negara, Tesla bakal buka ibu pejabat di Malaysia

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments
Syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dilaporkan akan membuka sebuah ibu pejabatnya di Malaysia selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) meluluskan permohonan syarikat itu untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke negara ini,.  Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kemasukan Tesla ke negara ini akan mewujudkan peluang pekerjaan yang dijangka mampu menawarkan gaji lebih baik...

'Cukup-cukuplah menipu media' - Pelakon lelaki didakwa tagih simpati kononnya terkena buatan orang, rupanya mentekedarah dadah

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments
Portal hiburan Boom! melaporkan seorang pelakon lelaki tergamak menipu pihak media kononnya dia disihir oleh individu yang tidak berpuas hati dengannya sehingga menyebabkan dia susut berat badan 20 kilogram secara mendadak.  Menurut laporan itu, pelakon lelaki berkenaan sebelum ini mendakwa dia telah disihir dan hal itu membuatkan dia tidak menerima sebarangan tawaran kerja dalam industri tersebut.  Dalam kenyataannya sebelum ini,...

Rafizi tak tolak kemungkinan kerajaan akan melaksanakan semula GST apabila sudah tiba masanya

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments
Semalam, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak sesuai diperkenalkan semula pada waktu ini kerana cabaran ekonomi pada tahun ini dilihat belum mengizinkan.  Bagaimanapun, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, beliau tidak menolak jika GST dilaksanakan semula apabila sudah tiba masanya nanti dan pelaksanaannya kelak haruslah bersifat lebih progresif.  "Pandangan saya mengenai GST ialah, apabila...

Pegawai bank guna maklumat pelanggan untuk mohon kad kredit sehingga mengakibatkan kerugian RM563,422, ditahan polis

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments
Polis menahan seorang pegawai bank tempatan pada Isnin selepas disyaki menggunakan maklumat pelanggan untuk membuat permohonan kad kredit bagi kegunaan sendiri yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM563,422 di Taiping, dekat sini. Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Jinjang, Kuala Lumpur selepas polis menerima laporan daripada pengurus siasatan bank berkenaan pada 17 Jan...

(Video) 'Ustaz jangan sibuk dengan hal kami, jangan lebih-lebih' - Lelaki Rohingya tak puas hati ustaz kacau aktiviti bangsanya

shamsulazlan | 08:22 | 0 comments
Isu kebanjiran warga asing terutamanya pelarian Rohingya di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Walaupun isu ini telah berulangkali dibangkitkan di media sosial, masalah yang sama tetap berulang kembali.  Sejak dua tiga minggu lalu, tular video di media sosial yang menunjukkan seorang aktivitis masyarakat bergelar ustaz giat mengempur tapak-tapak perniagaan warga asing yang dibina secara haram sehingga mendatangkan kemarahan penduduk. @lawan4malaysialagi Isu...

Gaji penjawat awam akan dinaikkan selepas 'kantung' kewangan negara bertambah baik - PMX

shamsulazlan | 07:22 | 0 comments
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar gaji dan upah penjawat awam akan dibincang semula setelah 'kantung' kewangan negara bertambah baik selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan. Perdana Menteri berkata secara peribadi, beliau tidak berpuas hati apabila melihat kadar gaji dan upah penjawat awam berbanding tugas serta komitmen yang diberikan namun ia perlu dinilai berdasarkan kemampuan kewangan negara ketika ini. "Kalau...

'Nak pinjam tandas konon...' - Petani kantoi rakam perempuan mandi, ditahan polis

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments
Seorang lelaki berusia 20 tahun di Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia telah ditahan polis kerana didapati merakam wanita yang sedang mandi di bilik air.  Ketua Polis Bahagian Cegah Jenayah Mamuju, Rigan Hadinagara berkata, suspek yang bekerja sebagai petani itu ditahan pada Isnin, 27 Februari lalu.  Siasatan awal mendapati, suspek datang ke Kecamatan Kalukku pada Rabu, 22 Februari untuk bertemu dengan rakannya di rumah.  "Ketika...

'Saya tak sedar, saya terdengar bisikan' - Lelaki tikam pesakit di hospital diarah jalani pemeriksaan psikiatri

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments
Gambar tertuduh | Kosmo Online Mahkamah Sesyen Selayang hari ini memerintahkan seorang lelaki yang menikam seorang pesakit di Hospital Selayang, menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak. Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal supaya Mohd Khairul Kamul, 22, dihantar ke pusat psikiatri kerana dipercayai...

'Baju ini tribute untuk lagu Ku Ikhlaskan yang disangka menang, tapi hampeh' - Vida kecewa, telekung bling-bling tak bantu raih kemenangan

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments
Usahawan Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, mengakui dia kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan apabila muzik video lagu Ku Ikhlaskan tidak berjaya memenangi kategori Muzik Video Tergempak di malam Anugerah Gempak Most Wanted Awards (GMWA2022), Ahad lalu.  Apatah lagi, busana rekaan Behati yang dipakainya pada malam itu sempena tribute kepada lagu tersebut, juga tidak membantu.  "Kalah! Nak balik dah lah. Merajuk...

Aksesori telefon yang pelik ini membolehkan pasangan bercumbu dari jarak beribu-ribu batu

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments
Remote Kiss, aksesori telefon yang pelik dikatakan sedang laris di pasaran China kerana ia membolehkan pengguna mencium pasangannya walaupun jaraknya beribu-ribu batu.  Diiklan sebagai cara untuk membolehkan pasangan jarak jauh mengalami keintiman fizikal, Remote Kiss bergantung pada sensor tekanan dan silikon lembut untuk mencipta semula ciuman penggunanya di mana-mana sahaja, selagi penerimanya juga mempunyai aksesori tersebut serta sambungan...

Hukum mengecas telefon bimbit dalam masjid adalah haram - Ustaz Azhar Idrus

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam ceramahnya di Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur malam kelmarin berkata, perbuatan mengecas telefon bimbit dalam masjid, hukumnya adalah haram.  Namun, perkara sebaliknya berlaku jika pihak masjid membenarkannya, katanya yang mengulas mengenai persoalan tersebut.  Perbuatan itu adalah haram kerana masjid tidak boleh disamakan seperti kediaman sendiri kerana kebanyakan...

Penjawat awam kumpulan terbesar ditahan atas kesalahan rasuah - SPRM Selangor

shamsulazlan | 22:22 | 0 comments
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini mendedahkan penjawat awam merupakan kumpulan terbesar ditahan bagi siasatan berkaitan kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa antara 2018 dan 2022. Pengarahnya, Alias Salim berkata, berdasarkan rekod, seramai 170 penjawat awam telah ditahan, diikuti 84 tangkapan melibatkan pekerja swasta, 50 orang awam dan masing-masing lima ahli politik serta individu daripada syarikat...

'Padam sajalah, agama bukan bahan lawak' - Netizen dakwa Fikry Ibrahim buat jenaka mempersendakan agama

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments
Seperti menjadi trend terkini, bahan jenaka atau lawak dijadikan modal untuk menarik perhatian pengikut-pengikut selebriti dan pemengaruh di media sosial. Namun begitu, dalam lawak jenaka ada perkara yang perlu dititikberatkan, apatah lagi melibatkan isu sensitif seperti senstiviti kaum dan juga agama. Pelakon, pelawak dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim dikritik netizen apabila memuat naik satu video yang berlatarbelakangkan suasana Khutbah...

'Kau rembat duit kedai berbelas kali pun aku senyap sebab...' - Majikan kesal, staff pijak kepala

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments
Gambar Hiasan Sebagai majikan, menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan pekerja sentiasa menjalankan tugas dan tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan pada syarikat. Tetapi, di sebalik kebaikan majikan juga ada pekerja yang tidak berhati perut mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan terkutuk seperti mencuri, mengular, membawa kenalan atau ahli keluarga melepak di tempat kerja.  Dalam satu hantaran yang...

'Hairan, kenapa masih ada yang kata DBKL ambil tindakan bermusim' - Admin FB DBKL tegas pihaknya konsisten banteras peniaga warga asing

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments
Isu kebanjiran peniaga asing yang berniaga secara haram di bandar besar Kuala Lumpur bukan lagi isu baru dan ianya telah berlaku sejak dari dulu.  Walaupun pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  tidak jemu membanteras dan mengambil tindakan undang-undang, golongan peniaga asing ini tetap kembali berniaga dengan alasan mereka perlu bekerja untuk menyara kehidupan.  Tidak dinafikan DBKL sering dicemuh dan dituduh tidak tegas...

'Suaminya tenggelam tak timbul-tibum' - Bapa dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan anak

shamsulazlan | 08:22 | 0 comments
Kegembiraan empat sekeluarga mandi-manda di Lubuk Tapeng, Air Putih dekat Chukai bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus sungai. Dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari tadi, mangsa Mohd Mirwan Mohd Remli, 40, yang bekerja sebagai buruh kilang dipercayai hilang ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, Muhammad Zafran Aidil, 12, yang hampir lemas. Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan...

'Tindakan polis menyerbu, menahan & buat ujian saringan boleh menyebabkan pelajar & keluarga trauma' - NGO

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments
Tindakan polis menyerbu dan menahan dua pelajar Tingkatan Lima yang menghina pembuat kerja Sejarah peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) dalam video tular baru-baru ini, dianggap terlalu keras.  Pengarah Lawyers for Liberty (NGO), Zaid Malek berkata, serbuan, penahanan dan ujian saringan dadah yang dilakukan itu juga boleh mendatangkan trauma melampau kepada mereka dan keluarga.  "Ini semua kerana satu video di mana mereka meluahkan...

Suami terlupa ucap 'selamat ulang tahun perkahwinan', dibelasah isteri, mertua & adik iparnya

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments
Seorang lelaki berusia 32 tahun di India baru-baru ini dibelasah isteri dan mertuanya termasuk adik iparnya dalam pergaduhan yang tercetus hanya kerana dia terlupa mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada isterinya.  Kejadian itu dilaporkan berlaku di Mumbai, sehari selepas hari ulang tahun perkahwinan mereka pada 19 Februari 2023, sekali gus menjadi dua tarikh yang tidak akan dilupakan oleh mangsa.  Lapor The Hindustan...

(Video) 'Rider Shopee Food samseng sepak pak guard taman rumah aku!'

shamsulazlan | 18:22 | 0 comments
Tindakan seorang penghantar makanan menyepak pengawal keselamatan di Taman Bukit Meringin, Kajang, mengundang rasa tidak puas hati penduduk di taman perumahan itu.  Berdasarkan video dashcam dari kenderaan saksi, kejadian tersebut berlaku pada jam 6.26 petang, Jumaat lalu.  Menurut saksi yang juga penduduk di kawasan itu berkata, penghantar makanan terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dengan nombor pendaftaran VJG 7764.  "Guard...

Kanak-kanak Korea Utara berdepan hukuman penjara 5 tahun jika didapati menonton filem Hollywood

shamsulazlan | 17:22 | 0 comments
Pihak berkuasa Korea Utara mengumumkan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana rakyatnya yang didapati menonton filem dan program TV daripada sumber luar. Kanak-kanak dan ibu bapa mereka berdepan dengan hukuman penjara sekiranya didapati menonton filem blockbuster Hollywood. Ini berikutan wujudnya permintaan besar untuk mendapatkan bahan hiburan dari media barat di negara itu. Undang-undang di Korea Utara menetapkan, individu yang didapati...
Pages (17)1234567 Next
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger