
Susulan tular video seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di sebuah restoran, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengarahkan premis terbabit ditutup selama 14 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemeriksaan yang dijalankan oleh penguatkuasa kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di premis itu...