Home » , » (Video) 'Prank member sampai koyak, ni dah melampau!' - Netizen kecam YouTuber buat content tak berotak, tetapi...

(Video) 'Prank member sampai koyak, ni dah melampau!' - Netizen kecam YouTuber buat content tak berotak, tetapi...

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


"Melampau siak! Makin lama, makin tak sukalah tengok korang!" antara komen netizen pada video prank yang dimuat naik YouTuber ASA Production atau lebih dikenali sebagai Team Buat Hal (TBH). 


Baru-baru ini, TBH memuat naik video prank di YouTube yang melibatkan salah seorang staff intern bagi menghiburkan pengikutnya. Dalam video tersebut, FoxFix dimarahi Syafiq kerana lambat hadir ke mesyuarat dan gagal menyiapkan tugasan yang diberi.


Sebagai ketua dalam TBH, amat pantang bagi Syafiq jika tugasan yang diberi tidak disiapkan mengikut masa. Namun Fox memberikan alasan dia perlu menyiapkan kerja-kerja yang lain terlebih dahulu. 


Tidak dapat menerima alasan itu, Syafiq mula melemparkan kata-kata seperti 'bodoh' dan 'bongok' pada Fox yang hanya mampu mendiamkan diri membuatkan Syafiq semakin bengang lalu melemparkan barang dan menghempas laptop ke lantai sehingga pecah. 



Video prank kedua, Fox sekali lagi menjadi 'mangsa' prank dan kali ini melibatkan kereta milik Fox disorok oleh team TBH di lokasi tidak jauh dari kediaman mereka. Fox yang menyedari keretanya 'hilang', mula kalut dan bertanyakan kepada yang lain. Tetapi masing-masing tidak tahu dan mengatakan kereta Fox mungkin telah ditarik sebab gagal melunaskan bayaran bulanan atau dicuri dalam nada berseloroh.


Kasihan melihat keadaan Fox yang tidak menentu dengan mentalnya yang sudah koyak, TBH akhirnya mengembalikan kereta itu dan mengatakan Fox sebenarnya telah diprank. Dapat dilihat dalam video, Fox menangis dan kesal dengan tindakan TBH memperlakukannya seperti itu.



KOMEN NETIZEN


Di ruangan komen, ramai netizen yang mengecam TBH kerana menerbitkan konten tidak berfaedah dan tidak memberi pengajaran kepada penonton. Malah ada yang menasihatkan Fox untuk keluar dari TBH daripada terus menjadi 'mangsa buli'. 


"Kalau banyak kali prank, dalam video hina-hina dia ni dah kira buli ni bang. Elok report je video camni," - Muhammad Nur Hafiz. 


"Aku rasa baik Fox keluar dari team ASA, dia dah kena maki, kena prank, baik dia keluar dari team tu," - Haziq. 


"Kalau aku kat tempat Fox, aku dah berhenti kerja dalam environment macam ni. Memang tak bagus, unhealthy dari segi mental. Boleh affect performance kerja," - HazzTube.


"It's not a prank anymore, this is bully. Just because he's innocecnt, tak perlu nak prank 2-3 kali. Sekali dah cukuplah. Eventually people are going to get annoyed with your prank content. Kesian dia. It's not funny tho pranking people til they cry," - Vinny Guez. 


"Sorry to say la, dari video ni nampaklah Syafiq ini macam mana real life. Dok acah boss! Kejam! Buat sesuka hati dia. Menyampah aku! Pikiaq orang lain la (sebelum) nak buat apa!" - Sweet Saranghae. 


"Dah takde content sangat ke nak buat? Desperate sangat ke nak buat content sampai macam ni sekali? Nak bergurau pun ada batasnya. Better takde kawanlah daripada ada kawan macam ni. Member tak member, kalau aku dah buat report polis dah in first place. Shame on you treat people like this, malukan orang as for your content? Disrespect!" - Ahmad. 


PENJELASAN TBH


Bagaimanapun, TBH  tampil menjelaskan bahawa dua video prank itu sebenarnya untuk kajian media sosial bagi membuka mata netizen mengenai penipuan dalam media sosial (prank content) yang boleh merosakan generasi akan datang.


Menurut Syafiq, prank tersebut telah dirancang dan apa yang berlaku dalam video itu semuanya adalah lakonan semata-mata. Video prank hilang kereta juga sebenarnya adalah idea dari Fox sendiri. Kajian TBH sendiri mendapati, sebanyak 75 peratus (30,000 undi) gemar dengan video prank berbanding bakinya 25 peratus (10,000 undi) yang meminati video short film. 


"Saya tahu mungkin ada yang rasa tertipu dan marah sebab kami buat video seperti itu boleh mendatangkan kemarahan ramai tetapi apa yang kami buat itu adalah satu eksperimen atau dalam kata lainnya nak menyedarkan orang ramai tentang penipuan video prank yang selalu tersebar di media sosial. 


"Saya tak nak cakap you all tak boleh percaya, tetapi jangan percaya bulat-bulat mahupun menolak bulat-bulat. Sebaliknya kena tengok, perhatikan dan kaji dulu sebelum membuat sebarang penilaian. Kami mahu generasi kami menjadi lebih bagus dan tidak mudah tertipu dengan benda viral di media sosial. Selain itu, apa yang kami buat ini juga sebagai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat," katanya. 



Tambahnya lagi, TBH sememangnya sengaja membuatkan ending video prank itu dengan wajah Fox yang masih sedih kerana tidak mahu menggalakan individu atau pihak lain untuk buat prank sedangkan umum tahu prank adalah perbuatan yang tidak elok.



from The Reporter https://ift.tt/3xwsrtP
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger