Home » , » Vaksin Sinovac & Pfizer sama-sama berkesan melawan Covid-19 - Dr Noor Hisham

Vaksin Sinovac & Pfizer sama-sama berkesan melawan Covid-19 - Dr Noor Hisham

shamsulazlan | 07:59 | 0 comments


Sejak kebelakangan ini, ramai netizen membincang isu keberkesanan vaksin Covid-19 di media sosial terutamanya vaksin Sinovac dan Pfizer-BioNTech sehingga ada yang sanggup menolak pemberian vaksin yang lain semata-mata mahu mendapatkan jenis vaksin yang diinginkan. 


Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham dalam kenyataannya di Facebook hari ini menjelaskan, keberkesanan dua vaksin tersebut yang masing-masing keluaran dari China dan Amerika Syarikat adalah sama dalam melawan virus Covid-19. 


"Data membuktikan, tidak ada banyak perbezaan antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaannya. Kedua-duanya sangat berkesan untuk mencegah penyakit teruk dan dimasukkan ke hospitaal. Namun kurang berkesan terhadap gejala ringan atau tidak bergejala. 


"Sinovac didapati mengurangkan jangkitan Covid-19 sebanyak 65.9 peratus, mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 87.5 peratus. Ia juga mengurangkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 90.3 peratus dan mengurangkan kematian sebanyak 86.3 peratus," katanya yangg berkongsi laporan Jurnal Perubatan New England yang diterbitkan pada 7 Julai mengenai penggunaan Sinovac di Chile. 


Manakala data Kementerian Kesihatan Israel juga menunjukkan bahawa vaksin Pfizer mengurangkan jangkitan Covid-19 sebanyak 64 peratus. Vaksin tersebut menunjukkan 93 peratus berkesan terhadap penyakit teruk yang menyebabkan kemasukan ke hospital. 



Sumber: Harian Metro, FB Dr Noor Hisham



from The Reporter https://ift.tt/3irke45
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger