Home » , » Masih banyak kenderaan di jalan raya, polis akan mula periksa rekod apps MySejahtera pengguna

Masih banyak kenderaan di jalan raya, polis akan mula periksa rekod apps MySejahtera pengguna

shamsulazlan | 02:24 | 0 comments


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak Mei lalu menyaksikan masih banyak kenderaan berada di atas jalan raya. Dalam masa yang sama, trend peningkatan kes positif Covid-19 juga mencatatkan peningkatan yang amat ketara. 


Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula menjalankan pemeriksaan lebih ketat terhadap pengguna jalan raya dengan memeriksa rekod aplikasi MySejahtera bagi memastikan sama ada individu itu bergerak atas urusan penting atau tidak. 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, "Saya tidak tahu kenapa keadaan ini (banyak kenderaan di jalan raya) berlaku, mungkin (alasan) mereka kata ada urusan penting, tetapi adakah ia benar? 


"Jadi, apa yang kita lakukan selepas ini ialah memeriksa rekod tempat yang dilawati  di aplikasi MySejahtera secara rawak. Jika apa yang dikatakan individu itu tidak benar, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan," katanya. 


Menurut Hamzah, dengan cara melakukan pemeriksaan pada aplikasi MySejahtera pengguna jalan raya dijangkan akan dapat mengurangkan jumlah pergerakan kenderaan. 


"Insya-Allah dengan strategi ini, kita doakan segalanya membawa keberkesanan bagi membantu mengurangkan beban rakyat dari segi aspek kesihatan dan keselamatan akibat Covid-19," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3h9JLix
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger