Home » , » 'Nak mandi ke, ape ke semua kat stesen minyak' - 3 beranak tinggal dalam kereta, tiada duit nak bayar sewa rumah

'Nak mandi ke, ape ke semua kat stesen minyak' - 3 beranak tinggal dalam kereta, tiada duit nak bayar sewa rumah

shamsulazlan | 03:24 | 0 comments


Masalah kewangan yang dihadapi memaksa sepasang suami isteri bersama anak perempuan berusia satu tahun terpaksa tinggal dalam kereta di stesen minyak beberapa hari kerana tidak mampu menyewa rumah. 


Mohd Shazwan Ismail, 29, bersama dengan isteri, Khairul Amirah Tiss Shahirah Hashim, 25, dan Nur Iman Saffiya Mohd Shazwan, 1, sebelum itu tinggal di Sidam, Kedah. Namun disebabkan masalah keluarga, mereka terpaksa keluar dan menumpang di rumah rakan di Taman Ria untuk seketika. 


Keluarga itu kemudian mengambil keputusan untuk tinggal dalam kereta. Tetapi mereka merancang untuk mencagarkan kereta Proton Wira itu untuk mendapatkan rumah sewa. 


Difahamkan, Mohd Shazwan bekerja sebagai pembancuh minuman di gerai makan.  Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendapatannya terjejas. Manakala Khairul Amirah pula baru menamatkan pengajiannya di sebuah kolej teknologi di Seremban dalam bidang pengurusan perniagaan tahun lalu. Disebabkan anak masih kecil dan pandemik Covid-19, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk bekerja. 


"Saya hanya mengharapkan pendapatan suami untuk menyara kehidupan keluarga kami. Namun saya reda deengan apa yang berlaku. Sepanjang kami tinggal dalam kereta beberapa hari, saya risaukan anak saya kerana dia tidak selesa. Nyamuk sudah biasa, cuma saya bimbangkan keselamatan kami, itu saja. 


"Kami bersyukur kerana anak kami masih menyusu badan dan saya memakaikan dia kain yang dilipat sebagai lampin kerana tidak mampu membeli lampin pakai buang," katanya. 


Tidak sanggup melihat keadaan keluarganya berterusan hidup seperti itu mendorong Mohd Shazwan menebalkan muka untuk berkongsi mengenai kisah hidup susah mereka di media sosial untuk meminta belas ihsan orang ramai untuk mencari rumah dijadikan tempat berteduh. Pasangan itu sanggup mencagarkan kereta itu asalkan mendapat wang untuk membayar rumah sewa dan membeli makan minum. 


Kesusahan keluarga itu mendapat perhatian pihak NGO yang akan membantu mendapatkan rumah sewa termasuk membayar wang deposit. Wakil NGO berkenaan, Muhammad Ridzuan Osman berkata mereka akan menanggung rumah sewa itu setiap bulan sehingga lelaki itu mampu berdikari. Turut disampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas serta lampin pakai buang untuk keluarga itu. 


Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi Khairul Amirah di talian 011-3171359. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3yIAhB4
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger