Home » , » (Video) 'Kalau (Polis) kena lempang dengan aku tadi, memang habislah' - Lelaki bengang dikompaun polis sebab tak pakai mask, siap cakap tak nak ambil vaksin sebab...

(Video) 'Kalau (Polis) kena lempang dengan aku tadi, memang habislah' - Lelaki bengang dikompaun polis sebab tak pakai mask, siap cakap tak nak ambil vaksin sebab...

shamsulazlan | 00:22 | 0 comments


Viral di media sosial video seorang lelaki mempertikaikan tindakan anggota polis yang mengenakan kompaun terhadapnya atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak di Sri Damansara. 


Dalam video berdurasi 15 minit 42 saat itu, lelaki berkenaan dia hanya singgah ke stesen itu untuk menambah nilai kad Touch and Go sahaja dan ketika itu tiada pelanggan lain di stesen tersebut. 


Tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa, lelaki itu mula membuat rakaman video dan memprovok anggota-anggota terbabit. Salah seorang anggota cuba menenangkannya dan meminta untuk tidak membuat rakaman video, tetapi lelaki berkenaan berdegil dan meneruskan rakaman. 


"Saya kena tahan dengan polis sebab saya tak pakai mask. Saya berada di stesen minyak pun kena 'kacau'. Okay tak apa, saya bagi kad pengenalan saya. Saya tak kacau orang bang. Saya pergi depan situ (kaunter) jer, saya tak masuk kedai pun," katanya yang kemudian anggota terbabit menunjukkan kad pengenalannya. 


"Bagilah kerjasama. Apsal kau nak rakam? Kenapa kau nak rakam?" soal anggota terbabit.


"Apa pegang-pegang, ini boleh against the law ni. Abang (polis) bagi saya punya IC bang. Abang polis ke, abang gangster? Kenapa abang pegang phone saya tadi? Saya pergi situ, saya bayar Touch and Go saja. Saya tak buat benda lain. Saya rakyat biasa je, saya bukan penjenayah tau," jelasnya.


Biar apa pun alasan yang diberikan, anggota berkenaan tetap bertegas bahawa prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah lama dilaksanakan dan rakyat adalah wajib mematuhi SOP tersebut tanpa sebarang alasan dan tanpa mengenal darjat, pangkat atau keturunan. Tambahnya lagi, mereka hanya sekadar menjalankan tugas bagi memastikan rakyat mematuhi SOP. 


"Kalau semua kepala macam abang ni, jahanam kita tau? Habislah kita," kata salah seorang anggota yang berada di tempat kejadian. 


Isu tidak memakai pelitup muka sepatutnya berakhir di situ, tetapi timbul pula isu lain apabila lelaki itu memaklumkan dia tidak mahu mengambil vaksin Covid-19 semasa disoal anggota yang sama, sama ada dia sudah mengambil suntikan vaksin atau tidak.


"Saya tak nak ambil vaksin bang, sebab saya tahu benda itu tak elok. Saya dah baca banyak-banyak dah, dekat US, dekat UK, semua orang tengah tolak vaksin sekarang. Kita je ikut. Saya tak nak ambil vaksin, saya bukan macam orang lain main ikut je. Saya baca betul-betul bang.


"Abang (polis) tahu tak vaksin tu, diorang hanya authorized under emergency use. Maksudnya FDA (Food and Drug Administration) tak luluskan benda tu. Trial tak ada, diorang skip animal trial bang. Abang kena buat research," katanya. 


"Masalahnya dah suntik dah, macam mana nak buat research?" balas anggota terbabit. 


Setelah selesai proses mengenakan kompaun selesai, polis menasihatkan lelaki itu memakai pelitup muka sebelum beredar dari stesen minyak itu. Tidak terhenti di situ, sebaik saja masuk ke dalam kereta milik ibunya, lelaki berambut panjang itu mula membebel dan melemparkan kata-kata kesat terhadap polis. 


"Diorang nak saman aku, aku pergi isi minyak je dowh tak masuk kedai, bayar guna touch and go, itu pun jadi masalah? Diorang cakap aku menjahanamkan negara, korang yang menjahanamkan negara. Kau polis la, kau kerja untuk rakyat tahu tak? Gaji kau dibayar oleh rakyat, kau faham tak? 


"Cukai, cukai yang kita bayar kat diorang (kerajaan) setiap hari dan ini yang diorang buat? Dan kita ikut macam tu? Korang mesti dah hilang akal.. yang mengikut semua tu tak ada telur. Bagi aku kertas tu pun, aku takkan buat apa-apa. Sumbatlah dalam jail, aku tak kisah. 


"Semua ikut, pak turut. Inilah Malaysia, semua pak turut. Tak nak guna otak untuk fikir sendiri. Nasib baik aku tak mengamuk kat polis tu tadi.. dia nak pegang-pegang tangan aku, memang aku lempang satu hari. Kalau (polis) kena lempang dengan aku tadi, memang habislah. Kau polis, nak pegang orang? Orang tak buat jenayah dan kau nak pegang orang macam tu? Who the fak do you think you are? Tahu takut aku rekod video, tahu faking takut. Take you to faking court bro. Aku akan cari polis tu dan saman dia. Kau bukan hero, kau hanyalah alat, gangster," katanya yang juga menjelaskan itu merupakan kali kedua dia disaman atas kesalahan yang sama. 



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 29 tahun itu telah ditahan dan pihaknya juga berjaya mendapat perintah reman terhadap suspek selama empatt hari bermula hari ini, untuk membantu siasatan. 


Kes akan disiasat mengikut Seksyen 188, 504, 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 


Sumber: Ihsan Netizen, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/3wWdoIO
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger