Home » , » 'Ini pasar malam kah?' - Ahli Parlimen bengang Putrajaya batalkan ordinan darurat pada 21 Julai tanpa beri pengumuman awal

'Ini pasar malam kah?' - Ahli Parlimen bengang Putrajaya batalkan ordinan darurat pada 21 Julai tanpa beri pengumuman awal

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan semalam menjelaskan Putrajaya telah membatalkan semua peraturan ordinan darurat. Hal itu menyebabkan pihak pembangkang menuntut Takiyuddin menjelaskan bila peraturan tersebut dibatalkan dan melalui mekanisme apa. 


Menurut Takiyuddin, pembatalan itu dibuat pada 21 Julai 2021 yang bertepatan dengan mesyuarat kabinet terakhir. Penjelasan Takiyuddin itu mengejutkan ahli parlimen kerana tiada pengumuman awal berkenaannya serta ia membawa implikasi undang-undang.


Ahli Parlimen pembangkang menegaskan peraturan darurat sepatutnya dibatalkan melalui Parlimen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pasal 150 (3). Tetapi speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata, Artikel 150 (3) itu tidak diguna pakai. 


Sementara itu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengecam tindakan Putrajaya yang menurutnya tidak mengikut prosedur dalam pembatalan semua peraturan ordinan darurat.


Peraturan ordinan tersebut diisytiharkan melalui Yang di-Pertuan Agong dan pembatalannya juga perlu dibuat melalui cara yang sama atau melalui Parlimen. 


"Tak boleh kata umpamanya 'hari ini kita isytiharkan darurat'. Pada sesi (kemudian) kata 'kita dah batalkan minggu lalu'. Ini pasar malam kah? Kalau ini pun tidak dihormati, bolehkah kita bayangkan hal-hal lain yang kita bincang akan dihormati?" katanya. 


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/3zzo5CQ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger