Seorang ahli perniagaan yang dipercayai mengalami kemurung ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumahnya di Taman Putra, Jumaat, 9 Julai 2021.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, isteri mangsa menyedari kejadian itu selepas pulang dari membeli barang keperluan harian.
Mangsa berusia 58 tahun itu ditemui tergantung di bawah kipas di bilik tidur tingkat bawah pada jam 1.45 tengah hari dan ketika kejadian, anak bongsu mereka berusia 26 tahun yang berada di dalam bilik tidak menyedari kejadian itu.
Siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kemurungan selepas syarikat miliknya mengalami kerugian. Mangsa juga pernah mendapatkan rawatan di hospital swasta.
"Semakan juga mendapati mangsa juga sudah menerima dos pertama vaksin pada 14 Jun lalu. Punca kemurungan dipercayai akibat syarikat milik lelaki itu mengalami masalah kewangan teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan terpaksa menutup operasi," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras untuk dibedah siasat dan ujian saringan Covid-19. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2TWqHM5
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment