Home » , » (Video) Ahli Parlimen kahwin secara 'phone call' dengan isteri ketiga guna khidmat imam Narathiwat tetapi...

(Video) Ahli Parlimen kahwin secara 'phone call' dengan isteri ketiga guna khidmat imam Narathiwat tetapi...

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments


Tular di media sosial baru-baru ini yang mendakwa seorang Ahli Parlimen menambah isteri dalam majlis akad nikah yang diadakan secara dalam talian menggunakan khidmat seorang imam dari Narathiwat, Thailand.


Lapor Kosmo, majlis tersebut diadakan di sebuah negeri di pantai timur pada Khamis lalu, 1 Jun 2021 yang turut dihadiri dua lelaki sebagai saksi. 


Difahamkan, Ahli Parlimen berkenaan mempunyai jawatan dalam kerajaan (Timbalan Menteri) itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM11,111 kepada isteri mudanya yang berasal dari Selangor. 


"Dia berkahwin menggunakan wali hakim dari Thailand dan pendaftaran kahwin pun di sana," kata sumber. 


Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif dari netizen yang membuat teguran di mana Ahli Parlimen berkenaan sepatutnya lebih menumpukan masalah rakyat daripada berpoligami dengan cara yang tidak sepatutnya. 


Meskipun ada beberapa individu memuat naik gambar bukti seperti sijil perkahwinan dari Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat (MAIWN) dan gambar tangkap layar perbualan WhatsApp yang mengandungi perbualan tidak sepatutnya, tampil pula pihak MAIWN menafikan dakwaan itu. 



MAIWN menafikan seorang ahli politik Malaysia bergelar 'Datuk' telah melangsungkan pernikahannya dengan isteri ketiga secara dalam talian. 


Naib Presiden Majlis itu, Abdul Aziz Che Mamat berkata, pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang akad nikah secara dalam talian untuk dilakukan oleh para imam di wilayah Thailand. 


"Majlis Agama Islam Narathiwat telah menerima laporan tidak rasmi seorang ahli politik Malaysia yang berasal dari Kelantan telah mengikat hubungan dengan pasangannya yang juga seorang rakyat Malaysia. 


"Kami dimaklumkan bahawa, pasangan itu telah menggunakan khidmat imam dari Masjid Sungai Golok dan perbualan antara pengantin perempuan dan imam diadakan melalui video. 


"Saya ingin meneggaskan di sini bahawa, MAIWN tidak pernah membenarkan akad nikah secara dalam talian walaupun kita sekarang menghadapi perintah kawalan pergerakan dan perjalanan melintasi sempadan dilarang. 


"Kami juga tidak pernah mengeluarkan surat nikah kepada pasangan itu," katanya yang juga memaklumkan MAIWN akan menyiasat perkara itu. 


Imam yang berusia 50-an terlibat dalam majlis akad nikah itu juga akan dipanggil untuk disoal siasat. 


Sementara itu, ahli politik berkenaan ketika ditanya wartawan NST mengenai isu tular tersebut hanya memberi jawapan ringkas, "Doa aje lah ye". 


Sumber: Kosmo, New Straits Times (NST) 



from The Reporter https://ift.tt/3xkh73Y
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger