Pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini bahawa Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid adalah Ketua Pengarah Pendidikan yang baru telah menimbulkan banyak persoalan netizen berhubung kenaikan pangkatnya yang 'cepat'.
Seperti yang dilaporkan agensi berita nasional, Bernama, KPM dalam satu kenyataan pada Jumaat, 2 Julai 2021, mengesahkan bahawa Nor Zamani yang juga isteri kepada Menteri Kesihatan Dato' Sri Adham Baba, telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan ke-18.
Ketua Pengarah Pendidikan baru yangg berusia 59 tahun itu mempunyai pengalaman luas dalam sektor pendidikan sejak mula berkhidmat pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah di Negeri Sembilan.
Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang Sosiologi dan Antropologi serta Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya.
Selain itu, Nor Zamani juga pernah berkhidmat di pelbagai organisasi di bawah KPM dalam perkhidmatannya selama 35 tahun dan juga memegang beberapa jawatan di kementerian termasuk:
- Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Bahagian Dasar dan Pembangunan Kurikulum)
- Pengarah Pembangunan Kurikulum
- Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta
Namun, pelantikannya ke jawatan Ketua Pengarah Pendidikan mengundang kontroversi. Sebelum pengumuman itu, portal The Vibes melaporkan jurucakap KPM menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa Nor Zamani akan dinaikan pangkat menjadi Ketua Pengarah.
Selain itu, pembantu Nor Zamani sendiri juga mengatakan bahawa dia masih Timbalan Ketua Pengarah dan hanya akan memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah sementara setelah persaraan Ketua Pengarah Pendidikan yang sebelumnya, Datuk Habibah Abdul Rahim pada April.
Pada 2 Julai 2021, KPM mengumumkan pelantikan Nor Zamani sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baru. Pengumuman itu turut menjelaskan bahawa pelantikan itu berkuatkuasa pada 22 Jun 2021.
Susulan pengumuman itu, rakyat mula menggunakan media sosial untuk mempersoalkan pelantikan Nor Zamani. Tweet yang dimuat naik oleh pengendali akaun Sekolah Politik (@politiksekolah) mendakwa, Nor Zamani menerima tiga kenaikan pangkat sejak Mei 2020.
Beliau dinaikkan pangkat ssebagai Pengarah Pembangunan Kurikulum pada 6 Mei 2020 dan kemudian sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Bahagian Dasar dan Pembangunan Kurikulum), enam bulan kemudian pada 9 November 2020. Kenaikan pangkat yang seterusnya adalah sebagai Pengarah Pendidikan Am.
Salam PKP.
— Sekolah Politik (@PolitikSekolah) June 30, 2021
Korang dah naik pangkat belum?
Isteri Adham Baba setiap 6 bulan naik pangkat.
Dah jadi Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sekarang. #husbandgoals #lovewins pic.twitter.com/zc8alw51fX
Selain itu, akaun Twitter yang sama juga mendakwa Nor Zamani adalah Timbalan Ketua Pengarah KPM yang paling 'junior' sebelum dilantik ke jawatan tertinggi. Tweet itu berpendapat bahawa, Dato' Tuan Haji Adzman Bin Talib adalah Timbalan Ketua Pengarah paling kanan yang bertanggungjawab untuk portfolio Sektor Operasi Sekolah yang seharusnya dilantik sebagai pengganti.
Bagaimanapun, adalah hak mutlak KPM untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjawat jawatan Ketua Pengarah Pendidikan. Dengan pengalaman Nor Zamani yang luas, KPM menekankan pihaknya yakin bahawa beliau akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dalam perkhidmatan pendidikan dan meningkatkan lagi prestasi kementerian dalam mencapai aspirasi pendidikan negara.
Sumber: World of Buzz, The Vibes, Twitter Sekolah Politik
from The Reporter https://ift.tt/3jNwr5g
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment