Viral di laman TikTok, seorang individu berkongsi mengenai kisah yang pernah dialami oleh saudaranya pada tahun 2015 di Kota Kasongan, Kalimantan Tengah, Indonesia.
Menurut individu itu, dia mempunyai seorang ibu saudara yang dikenali sebagai 'Wati' (bukan nama sebenar). Seorang rakan kepada Wati dikhabarkan baru meninggal dunia dan arwah adalah seorang mualaf kerana bernikah dengan suaminya yang beragama Islam.
Malangnya, jenazah wanita mualaf itu dikebumikan bukan mengikut cara Islam oleh keluarganya. Suami arwah tidak dapat berbuat apa-apa kerana pengebumian itu diambil alih oleh keluarga mertuanya.
Hari pertama, tiada sebarang kejadian aneh yang berlaku. Tetapi masuk saja hari ketiga, kelibat arwah itu datang menghampiri Wati dalam keadaan duduk di tepi katil dalam keadaan wajahnya menunduk.
Rupa-rupanya, bukan Wati sahaja yang mengalami perkara itu, beberapa rakan terdekatnya yang beragama Islam juga mengalaminya. Bukan hanya sekali, tetapi dua tiga kali mereka berdepan dengan insiden itu. Sementara keluarga arwah sendiri tidak mengalami apa-apa.
Wati kemudian menghubungi keluarga arwah tetapi mereka tidak dapat menerima penjelasan Wati dan menganggap Wati serta yang lain hanya berhalusinasi.
"Kalau dia datang kat korang, kenapa dia tak datang pada keluarganya sendiri?" kata keluarga arwah.
Wati akhirnya berjumpa dengan seorang ustaz. Terus pada malam itu juga, ustaz dan rakan-rakannya pergi ke kubur arwah selepas solat Isyak. Pada malam pertama, tiada sebarang kejadian yang pelik berlaku. Mereka berada di tanah perkuburan itu sehingga jam 12 tengah malam.
Meskipun begitu, ustaz berkenaan masih tidak berputus asa. Sehingga malam berikutnya, mereka kembali lagi ke kubur arwah lebih awal iaitu selepas maghrib. Sekitar jam 7 malam, mereka ternampak asap keluar dari kubur arwah.
Dengan keizinanNya, ustaz berjaya 'memasukkan' arwah ke salah seorang rakannya bagi mengetahui apa motif sebenar arwah mendatangi rakan-rakannya. Rupa-rupanya arwah mahu dia dikebumikan semula secara Islam. Dan disebabkan itu juga, dia hanya mendatangi rakan-rakannya yang beragama Islam untuk meminta pertolongan.
Pihak keluarga arwah akhirnya bersetuju kerana mereka turut menyaksikan kejadian itu. Kubur arwah digali semula dan dikebumikan mengikut cara Islam.
@idntknwwhs Ini kisah nyata ya. Kejadian ini terletak di kota tante w yaitu Kota Kasongan,Kal-teng. Part 2 gak nih? ##fyp
♬ original sound - couchiephart
Sumber: TikTok #idntknwwhs
from The Reporter https://ift.tt/394aFox
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment