Home » , » 'Saya susah percaya lelaki, tapi dia tak pernah putus asa' - Bertemu jodoh di PUBG

'Saya susah percaya lelaki, tapi dia tak pernah putus asa' - Bertemu jodoh di PUBG

shamsulazlan | 06:24 | 0 comments


Siapa sangka, dalam game pun boleh bertemu jodoh sekiranya anda serius untuk mendirikan rumah tangga dan seterusnya menjalankan tanggungjawab sebagai suami/isteri. 


Baru-baru ini portal Harian Metro melaporkan pertemuan jodoh di antara Mohammad Zulhilmi Azman dan Putri Alia Shahhiza yang mula berkenalan melalui permainan PlayerUnknown's Battleground (PUBG) dan akhirnya ke jinjang pelaminan. 


Menurut Putri Alia, dia sendiri tidak menyangka akan bertemu jodoh melalui permainan itu, dan berkongsi mengenai kebahagiannya itu di laman TikTok sehingga mendapat banyak perhatian netizen. 


"Saya pun tidak sangka bertemu jodoh di PUBG walaupun pada awalnya sudah beberapa kali menolak permintaan dia (suami) untuk bermain bersama dalam satu kumpulan. 


"Sebenarnya saya susah percaya lelaki apatah lagi dalam permainan video kerana orang kata ramai 'buaya darat'. Tapi dalam masa yang sama, suami tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencuba untuk mendekati saya menerusi PUBG," katanya. 


Difahamkan, Putri Alia mula mengenali Mohammad Zulhilmi sebagai rakan di permainan itu semenjak November 2019. Sepanjang berkenalan, mereka hanya berkomunikasi di PUBG dan akhirnya saling bertukar nombor telefon. 


Februari 2020, hati Putri Alia tergerak untuk menerima Mohammad Zulhilmi sebagai pasangan, tetapi tidak pernah berjumpa disebabkan kerajaan melaksanakan PKP. Meskipun begitu, Putri Alia berkata ada baiknya kerana menghindarkan mereka daripada maksiat. 


Putri Alia yakin Mohammad Zulhilmi adalah pilihan yang betul berdasarkan keperibadian yang dimiliki lelaki itu. Keluarga kedua-dua belah pihak juga menerima dengan baik dan disahkan sebagai suami isteri pada 30 Oktober lalu di Pejabat Agama Daerah Kinta, Perak. Sementara majlis perkahwinan pula akan diadakan pada 2 Januari 2021. 


"Walaupun setiap malam ada scrim (latihan) PUBG, dia masih boleh bangun waktu Subuh dan pergi kerja seperti biasa. Sejurus saja rentas negeri dibenarkan, dia yang menetap di Jawi, Pulau Pinang, terus berjumpa dengan ibu dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin. Dari situ membuatkan saya lebih percaya yang dia benar-benar serius," katanya. 


Namun semenjak mereka sudah berkahwin, masing-masing sudah jarang bermain PUBG dan lebih memberi fokus kepada kerjaya dan rumah tangga.



from The Reporter https://ift.tt/3fj86jq
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger