Seorang wanita ditanam hidup-hidup dengan hanya kepalanya dibiarkan 'timbul' di permukaan tanah dalam keadaan duduk bersila dan kepalanya hancur dipercayai dimamah oleh binatang liar.
Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu dianggarkan berusia lingkungan 40-an dibiarkan mati seminggu lalu di kawasan hutan simpanan Yuntolovsky berhampiran St Petersburg, Rusia.
Difahamkan, mayat itu ditemui oleh seorang lelaki berusia 36 tahun yang berjalan di hutan, kira-kira 500 meter dari jalan raya yang menghubungkan bandar ke pinggir bandar.
Polis sedang menyiasat sama ada 'pengebumian' itu mempunyai unsur jenayah atau ia mungkin berkaitan dengan upacara keagamaan atau ritual.
Luka di bahagian muka mangsa dipercayai telah dimakan oleh burung atau haiwan lain selepas kematiannya.
Rantai emas dan loket turut ditemui dalam poket dan stokin mangsa, menurut laporan. Besar kemungkinan mangsa masih hidup ketika ditanam dalam tanah dan tidak dapat melepaskan diri.
Gambar ngeri di lokasi kejadian itu didedahkan oleh media online yang dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan pihak berkuasa di negara itu.
Fontanka, agensi berita dimaklumkan oleh sumbernya, mangsa mungkin telah mati akibat dicekik dan pemeriksaan lanjut sedang dijalankan. Mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik untuk dibedah siasat. - Agensi
from The Reporter https://ift.tt/2KdjYYN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment