Sesetengah orang memang tidak dapat mengawal dirinya dari memicit jerawat dan mencabut bulu hidung. Ini kerana perbuatan itu sudah menjadi kebiasaan dan seterusnya menjadi tabiat yang sukar dielakkan.
Tetapi tahukah anda bahawa dua tabiat itu sebenarnya berbahaya? Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), seseorang individu yang melakukan perbuatan itu berisiko untuk dijangkiti bakteria yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan lebih serius, boleh menyebabkan maut.
"Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins menyeru orang ramai mengelakkan dari memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga 'kematian' di muka.
"Kawasan segi tiga 'bermuda' ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok. Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam saluran darah.
"Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
"Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria semakin bijak dalam rintangan antibiotik," katanya.
Dalam pada itu juga, PHM menasihatkan orang ramai mengamalkan amalan sanitasi yang baik dan elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Dalam erti kata lain, sentiasa jaga kebersihan muka dan amalkan pemakanan yang sihat.
Sumber: Public Health Malaysia
from The Reporter https://ift.tt/2UT6kMw
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment