Seorang pemandu Porsche secara tidak sengaja tertekan pedal minyak ketika mahu memarkirkan keretanya lalu terlanggar sebuah kereta SUV sebelum menghentam sebuah lagi kereta di tepi jalan.
Dalam kejadian yang berlaku di Essex, London, pemandunya terselamat dari sebarang kecederaan. Namun, kereta mewah Porsche Taycan yang baru dibelinya dengan harga RM451,290 sejak lima hari lalu mengalami kerosakan.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah berhampiran menunjukkan kereta mewah itu dipandu secara perlahan masuk ke laluan garaj rumah yang berbukit dan berhenti seketika.
Pemandunya dipercayai masih tidak begitu mahir mengendali kenderaan itu, tertekan minyak lalu melanggar kereta SUV yang parkir di depan rumah sebelum membelok ke kanan dan menghentam kereta yang parkir di tepi jalan.
Menurut penduduk di kejiranan itu berkata, pemandu Porsche itu datang menziarahi rakannya di rumah tersebut dan malangnya hilang kawalan lalu terbabas melanggar dua kenderaan itu yang dimiliki oleh penghuni di rumah rakannya.
"Saya dalam rumah masa tu dan terdengar bunyi dentuman yang kuat. Apabila saya keluar, barulah tahu apa yang dah berlaku. Pemandu lelaki itu mungkin tertekan pedal minyak yang disangkanya pedal brek sebab dia tak begitu biasa dengan kereta baharu itu.
"Jiran yang lain datang membantunya keluar dari kereta. Saya terdengar dia kata yang dia tak tahu apa yang dah berlaku. Orang kata dia baru je beli kereta tu, mesti dia rasa down sekarang," katanya.
Porsche Tyacan merupakan antara kereta elektrik yang terpantas di pasaran yang dijual bermula dengan harga RM451,290 sehingga RM755,774 bagi model Turbo S yang mampu mencecah 96 kilometer per jam dan 62 mph dalam 2.8 saat.
Kereta super itu juga boleh dipandu sejauh 253 kilometer dengan tenaga elektrik kos rendah dan kos bagi caj penuh kenderaan itu adalah RM43.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/337GLfd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment