Ramai pengguna Celcom di kebanyakan kawasan di seluruh Malaysia mengadu menghadapi masalah rangkaian sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan urusan para penggunanya terjejas.
Di Facebook rasmi Celcom, para pengguna meluahkan rasa kekecewaan mereka terhadap isu yang dialami sehingga ada yang mengugut mahu menukar ke rangkaian perkhidmatan telkomunikasi lain.
"Kenapa line korang dari pagi, tengah hari dan malam sangat teruk? Tetapi selepas tengah malam, line korang smooth je? Time ni je aku dapat main game terutamanya game Mobile Legends. Tolong tangani isu ini secepat mungkin!" kata Hing.
"Bayar mahal-mahal tapi internet tak dapat digunakan. Siput pun lari lebih laju," kata Alexson.
"Line Celcom tak stabil. Kejap 4G, 3G, E, lepas tu hilang line. Rugi saja bayar tiap bulan. Takkan setiap lima minit mau restart handphone oi Celcom? Bagus tukar line lain kalau macam ni," kata Roneld.
Berdasarkan komen netizen, masalah gangguan rangkaian itu berlaku sejak minggu lalu. Meskipun di telefon pintar masing-masing menunjukkan mereka memperoleh 4G, tetapi ada yang langsung tidak dapat mengakses internet dan apatah lagi membuka aplikasi YouTube.
Lebih mengecewakan, disebabkan masalah itu juga ada pengguna yang tidak dapat menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kod QR di premis awam.
Dalam maklumbalas Celcom kepada netizen di ruangan komen berkata, pihaknya sedang berusaha memperbaiki dan mengembalikan perkhidmatan dengan segera.
from The Reporter https://ift.tt/2IPkdZj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment