Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri dari ditimpa slab konkrit yang jatuh dari ketinggian 100 kaki dari bangunan kediaman, ketika dia sedang membersihkan cermin depan kenderaannya.
Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan bagaimana Alexander, 27, segera melarikan diri dari keretanya sebaik saja menyedari objek besar itu jatuh dan menghentam bumbung kereta Nissan X-Trail miliknya sehingga hancur dalam kejadian yang berlaku di Vladivostok, Rusia.
Sebelum itu, Alexander sempat melihat ke atas hanya beberapa saat sebelum slab konkrit itu jatuh dari sisi bangunan tinggi dan berlari menyelamatkan dirinya.
Slab konkrit yang dianggarkan berat dua tan dengan saiz 8 x 4 kaki itu menghentam keretanya sehingga mengalami kerosakan teruk.
Isterinya, Darya Ponomarenko-Zhuk, 26, juga terselamat dari kejadian itu kerana beberapa saat sebelum kejadian itu berlaku, dia keluar dari kereta mengambil air panas untuk membersihkan kereta tersebut.
Seorang pejalan kaki yang menyaksikan kejadian itu berkata, "Syukur kepada Tuhan, tiada sesiapa yang cedera. Slab konkrit nyaris jatuh menghentam lelaki itu".
Selepas kejadian itu, Alexander merakam gambar kenangan sambil memegang sebotol bir untuk meraikan 'ulang tahun kelahiran kedua', kerana terselamat dari insiden itu.
Pasangan itu juga bernasib baik kerana anak perempuan mereka yang berusia lima tahun tidak duduk di tempat duduk belakang ketika kejadian.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan, bagaimana slab konkrit itu boleh terjatuh dari bangunan kediaman. - Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/35LZ0so
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment