Home » , » Remaja cacah tatu nama kekasihnya di lengan, seminggu kemudian diorang putus

Remaja cacah tatu nama kekasihnya di lengan, seminggu kemudian diorang putus

shamsulazlan | 17:24 | 0 comments


Cinta monyet, sejenis cinta yang selalu dilalui pada usia remaja di mana ada yang menganggap pasangannya akan setia bersama sehingga ke jinjang pelaminan. Bahkan, bagi mengabadikan cinta itu, mungkin ada yang sanggup mengukir nama di batu, pokok, dinding, buku atau mencacah tatu di badn.


Seperti yang dilakukan oleh remaja lelaki berusia 16 tahun di Vietnam ini. Lapor Yan News, remaja lelaki ini mahu membuktikan bahawa dia benar-benar mencintai pasangannya dan perhubungan mereka akan kekal bertahan selamanya. Dengan itu, dia mengambil keputusan untuk membuat tatu di bahagian lengan kirinya. 


Dia kemudian membuat tatu dan meletakkan nama teman wanita dan juga tarikh kelahiran mereka. Tukang pencacah tatu berkenaan sebenarnya sudah berusaha menghalang remaja itu dari berbuat demikian dan meminta dia fikir masak-masak sebelum membuat keputusan itu. 


Akan tetapi, remaja itu sudah mabuk cinta dan angau dengan teman wanitanya, berkeras mahu membuat tatu tersebut yang mana dia rasakan sesuai bagi membuktikan perasaan cintanya. 


Seminggu kemudian, remaja lelaki itu datang semula kepada tukang pencacah tatu itu dan dengan sedih memaklumkan bahawa dia dan teman wanitanya telah putus. 


Dia juga meminta agar tatu yang bersaiz besar di lengannya itu dihapuskan. Malangnya, dia tidak mampu untuk 'memadamkan' tatu itu kerana harganya lebih mahal dari membuat tatu. Dia juga baru tahu yang proses menghapuskan tatu itu adalah sangat menyakitkan, ditambah pula dengan dirinya yang sedang sakit hati ditinggalkan teman wanita. 


Oleh sebab itu, berfikirlah sebelum membuat keputusan. Banyak lagi cara yang lain untuk mengabadikan kisah cinta. Yang pasti, bukannya mencacah tatu di badan sendiri yang hanya akan meninggalkan rasa kesal yang tak pernah 'terpadam'. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3fkrUTE
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger