Home » , » Dalam iklan nampak macam mata dewi, bila pakai sendiri mata nampak juling

Dalam iklan nampak macam mata dewi, bila pakai sendiri mata nampak juling

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Demi kelihatan cantik, ada sesetengah wanita sanggup melakukan apa sahaja. Bermula dari menggunakan produk skincare hinggalah ke produk make up yang punyai pelbagai jenis dan fungsinya. Salah satunya juga adalah contact lens yang berwarna warni. Selain membantu daya penglihatan, ia juga berfungsi untuk membuatkan mata nampak lebih cantik.


Di China, heboh di kalangan netizen di media sosial dengan produk contact lens yang mempunyai pola seperti bulan sabit. Polanya yang unik membuatkan netizen menganggap individu yang memakai contact lens itu kelihatan seperti dewi kayangan. 


Terpengaruh dengan viral itu, seorang wanita mengambil keputusan untuk mencuba dan membuat pembelian. Setelah dicuba, matanya bukan kelihatan seperti dewi, sebaliknya matanya kelihatan juling. 



Pada awalnya, contact lens itu kelihatan menarik tetapi apabila pemakainya mengerdipkan mata beberapa kali, kedudukan contact lens itu juga akan berubah dan hasilnya mata si pemakai akan kelihatan juling. Lebih teruk lagi, pola kedua-dua contact lens itu bergerak ke arah yang berlainan. 


Melihat pada hasilnya jauh daripada sangkaan membuatkan ramai netizen yang kecewa dan tidak mahu mencubanya. Ramai netizen yang bersyukur kerana tidak membeli contact lens viral itu. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/37fTM7N
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger