Home » , » 'Aku dah bunuh 2 anak aku...' - Ibu tertekan selepas kematian suami, bunuh 2 anaknya yang masih kecil

'Aku dah bunuh 2 anak aku...' - Ibu tertekan selepas kematian suami, bunuh 2 anaknya yang masih kecil

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments


Penduduk di Daerah Hulu Sungai Tengah (Indonesia) digemparkan dengan kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang ibu terhadap dua anaknya, Rabu, 25 November 2020. Dua mangsa yang masih kecil dibunuh dengan cara kepala ditekup dengan bantal di kediaman mereka.


Suspek dipercayai membunuh dua anaknya itu kerana mengalami tekanan selepas ditinggalkan oleh suaminya yang telah meninggal dunia, sejak beberapa bulan lalu. 


Kejadian itu hanya diketahui penduduk selepas ada yang bertanya kepada suspek di mana keberadaan dua anaknya itu setelah seharian tidak melihat mereka. Wanita itu terus menjawab, dia telah membunuh mereka berdua. 


Jiran: "Mana dua anak kamu, seharian tak nampak."


Suspek: "Anak aku? Aku dah bunuh mereka berdua."


Pengakuan suspek itu membuatkan penduduk terkejut dan terus pergi ke rumah suspek. Di sana mereka menemui mayat dua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) itu dalam posisi terlentang tanpa pakaian. 


Ketika ditahan polis, suspek yang tidak memakai pakaian menjerit-jerit tidak keruan.


Ketua Polis Daerah Hulu Sungai Tengah, Danang Widaryanto mengesahkan kejadian itu dan pihaknya kini sedang menyiasat bagi mengenali pasti punca sebenar kejadian. 


Suspek telah ditahan dan mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat. - Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3o4qfok
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger